Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat serta pembangunan komuniti kreatif, FINAS melalui Bahagian Pemasaran, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Unit Mediatheque telah berganding bahu menyertai Program Kunjungan Kembara Jalinan Kasih Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu (NBOS-CTU) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Pantai Bachok, Kelantan yang berlangsung pada 5 & 6 April 2018.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan di booth FINAS termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu, kuiz perfileman selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah pelakon, pengarah dan penerbit, Pekin Ibrahim.

Sementara itu, program Connecting the Unconnected (CTU) adalah merupakan inisiatif dan aspirasi kerajaan untuk transformasi penyampaian perkhidmatan melalui jaringan pembangunan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan luar bandar dengan dirasmikan YBhg. Dato’ Shamsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan KKMM.