Di dalam aspirasi pembangunan komuniti kreatif dan sinergi ilmu bersama rakyat, FINAS melalui Unit Promosi dan Unit Mediatheque telah bersama-sama turun padang bersempena Program Fiesta Sehati @RTM yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah dari 15-17 Mac 2018 yang dirasmikan YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Salina Saibi dan Lia Natalia.