Sekitar Majlis Perasmian Pameran Taib Andak Figura Versatil anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama FINAS telah diadakan di Muzium Tokoh Johor.

Pelbagai pengisian interaktif telah diadakan di booth FINAS seperti eksplorasi bakat, pameran organisasi termasuk perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual, pendigitalan dan khazanah ilmu, kuiz perfileman, tayangan dokumentari dan sesi beramah mesra bersama artis Fatin Afifah.

Program pameran Taib Andak Figura Versatil yang dirasmikan oleh YB Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan ini akan berlangsung sehingga Disember nanti. Turut hadir memberi taklimat di booth FINAS ialah En.Zakri Zakaria, Penolong Pengarah Mediatheque.