Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
Dana: Dana Pinjaman Filem Cereka
Anda berada di : Utama > Dana

SKIM PINJAMAN FILEM CEREKA

1. PENGENALAN

Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) bertujuan untuk membantu dan meningkatkan pembangunan industri perfileman cereka tempatan. Tabung ini diwujudkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi Kebudayaan (KPKK) untuk industri perfileman negara dibawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan diletakkan dibawah Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) sebagai agensi pelaksana.

2. OBJEKTIF

    1. Syarikat filem tempatan milik warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965.
    2. Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

3. TERMA PERJANJIAN UTAMA DANA FILEM CEREKA

      Jumlah Dana = RM50.0 juta.
      Had maksimum Pinjaman Setahun = 30% atau RM1.5juta.

4. SKOP PINJAMAN

      Kos produksi (Pra-produksi, produksi dan pasca-produksi).

5. KELAYAKAN

      5.1 Prasyarat:

      1. Menyediakan modal pusingan bagi menggalakkan pengeluaran filem cereka tempatan.
      2. Menggalakkan penerbitan Filem Cereka untuk di pasaran tempatan dan antarabangsa.

      5.2 Syarat-syarat:

      1. Keutamaan kepada syarikat filem tempatan yang baru dan belum established namun berupaya menyediakan sumbangan daripada kos produksi untuk menyempurnakan filem yang dicadangkan serta keupayaan membayar balik pinjaman.
      2. Keutamaan kepada Pengarah-Pengarah Syarikat/Filem mempunyai pengalaman dan/atau rekod prestasi produksi filem yang baik.
      3. iii. Lulus sesi “pitching” di mana pemohon perlu menyediakan sinopsis, kos projek, anggaran kos produksi, senarai cadangan pengarah, artis, karyawan utama dan jadual penggambaran tentatif yang dibentangkan di hadapan panel Picthing. (rujuk para 13)
      4. Mempunyai perancangan yang mantap dari segi skrip dan pasukan pengurusan.
      5. Dalam masa setahun, syarikat hanya boleh dibiayai sebanyak 2 projek/filem sahaja. Sekiranya syarikat yang sama ingin membuat permohonan untuk kali ketiga, pertimbangan akan dibuat selepas Pembiayaan salah satu filem terdahulu dijelaskan sepenuhnya.

6. KRITERIA PITCHING

Satu panel pitching akan membuat penilaian ke atas sinopsis, kos projek, anggaran kos produksi, senarai cadangan pengarah, artis, karyawan utama dan jadual tentatif penggambaran permohonan pinjaman berdasarkan perkara-perkara berikut:

      1. Sinopsis filem cereka mesti di dalam Bahasa Melayu dan baik untuk difilemkan.
      2. Mempunyai nilai-nilai budaya murni sebagai warisan bangsa, tema dan unsur-unsur universal serta tajuk yang bersesuaian dengan tema.
      3. Mempunyai kekuatan nilai komersil dan unsur-unsur yang positif.
      4. Mesti berusaha untuk mempamerkan dan mempromosikan lokasi-lokasi tempatan yang menarik bagi meningkatkan pembangunan industri pelancongan negara.
      5. Mempunyai anggaran kos produksi yang bersesuaian dengan jenis filem yang ingin diterbitkan.

7. TERMA PEMBIAYAAN

      7.1 Jumlah Pembiayaan

      Maksimum RM1.5 juta atau tidak lebih 90% daripada anggaran kos penerbitan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa SPFC. Dalam kes tertentu jumlah pembiayaan melebihi had maksimum boleh dipertimbangkan tetapi bergantung kepada kelulusan pihak Jawatankuasa SPFC.

      7.2 Kadar Faedah

      4% setahun (atas baki bulanan). Nota:

      a) Faedah tiba masa semasa tempoh pernafasan akan dimodalkan (rujuk para 7.3).

      b) Faedah tiba masa selepas tempoh moratorium perlu dibayar secara bulanan bermula satu (1) bulan selepas tempoh moratorium tamat dan dikira di atas baki jumlah pinjaman awal bulan untuk tempoh bayaran balik pinjaman.

      c) Faedah lewat bayar (“FLB”) sebanyak 1.0% setahun tambahan atas kadar faedah pinjaman ini akan di kenakan ke atas jumlah tertunggak.

      7.3 Tempoh Pinjaman

      Maksimum tiga (3) tahun termasuk tempoh moratorium.

      Tempoh moratorium adalah untuk tempoh berikut:

      1. Bermula dari tarikh pengeluaran wang yang pertama sehingga 3 bulan selepas tarikh tayangan pertama di pawagam atau
      2. Maksimum lima belas (15) bulan dari tarikh pengeluaran wang yang pertama, yang mana lebih awal.

      7.4 Tempoh Bayaran Balik Pinjaman

      Pembayaran balik pokok pinjaman yang dikeluarkan termasuk faedah yang dipokokkan dan tunggakan sekiranya ada mesti dijelaskan seperti jadual berikut:

      1. Minimum 70.0% daripada jumlah baki pinjaman perlu di bayar dalam tempoh sembilan (9) bulan pertama selepas tempoh moratorium.
      2. Baki pinjaman (jika ada) perlu di bayar dalam tempoh dua belas (12) bulan berikutnya.

      Faedah lewat bayar (“FLB”) sebanyak 1.0% setahun tambahan atas kadar faedah pinjaman ini akan dikenakan ke atas jumlah yang tertunggak mengikut jadual di atas dan dikira secara harian bermula dari hari pertama jumlah tersebut tertunggak. Penjelasan awal pinjaman (“pre-payment”) adalah dibenarkan tanpa penalti. Jika pinjaman tidak di jelaskan sepenuhnya mengikut jadual bayaran balik seperti di para 7.4 syarikat adalah dianggap gagal membayar balik kemudahan ini dan bank ini berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat serta penjamin/pengarah syarikat.

      7.5 Pemulangan Baki Kutipan / Perolehan

      Maksimum 30.0% daripada setiap kutipan / perolehan tertakluk kepada:

      1. Minimum 70.0% daripada jumlah baki pinjaman perlu di bayar dalam tempoh sembilan (9) bulan pertama selepas tempoh moratorium.
      2. Baki pinjaman (jika ada) perlu di bayar dalam tempoh dua belas (12) bulan berikutnya.

      7.6 Sumber-Sumber Bayaran Balik Pinjaman

      1. Kutipan tayangan pawagam
      2. Jualan hak VCD / sound track
      3. Jualan hak kepada stesen televisyen kerajaan dan swasta.
      4. Rebet duti hiburan
      5. Sumber dalaman syarikat dan sumber-sumber lain.

      7.7 Perjanjian-perjanjian atau Cagaran Yang Asas

      1. Perjanjian pinjaman di antara pelanggan dengan SME Bank.
      2. Jaminan secara bersama dan berasingan oleh pengarah/pemegang saham syarikat.
      3. Perjanjian Penyerahan Hak ke atas Akaun Projek untuk menerima segala kutipan/perolehan daripada filem yang dibiayai. Bank ini adalah penandatangan tunggal bagi akaun tersebut.
      4. ‘Supplimental Agreement’ ke atas cagaran bagi kemudahan sedia ada syarikat (jika ada).
      5. Debencer ke atas aset tetap dan terapung sedia ada dan akan datang syarikat.
      6. Lain-lain cagaran tambahan sekiranya perlu.

      7.8 Syarat Pengeluaran Wang Yang Asas

      1. Kelulusan Penggambaran/Penerbitan Dari FINAS

        Syarikat telah kemukakan salinan surat atau sijil kelulusan untuk memulakan penggambaran / penerbitan filem yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

      2. Kontrak Dengan Pelakon Utama

        Syarikat telah kemukakan perjanjian kontrak antara syarikat dengan pelakon-pelakon utama hero dan heroin.

      3. Surat Kebenaran Kepada SME Bank

        Syarikat mengemukakan surat kebenaran untuk SME Bank memaklumkan kepada pihak yang berkaitan dengan industri filem bahawa filem syarikat adalah dibiayai oleh SME Bank dan bayaran hasil daripada filem tersebut hendaklah dibuat terus kepada akaun projek. Pihak berkaitan adalah seperti pihak pawagam, televisyen kerajaan dan swasta, pengedar VCD dan lain-lain.

      4. Jadual penggambaran hendaklah dikemukakan kepada SME Bank.
      5. Surat Arahan Tidak Boleh Batal (SATBB)

        Syarikat dikehendaki mengemukakan Surat Arahan Tidak Boleh Batal (Irrevocable Letter of Instruction) bagi menyalurkan semua hasil dari kutipan pawagam, hak siaran televisyen, hak pengeluaran VCD dan rebet duti hiburan berkaitan filem yang dibiayai ke dalam akaun semasa projek di mana bank ini adalah penandatangan tunggal bagi akaun tersebut. Surat arahan ini perlu dipersetujui oleh pihak pawagam, TV kerajaan, TV swasta, pengeluar VCD atau pihak berkaitan dari syarikat filem. Surat arahan ini juga perlu dikemukakan sebanyak sepuluh (10) keping semasa loan clinching. Format SATBB seperti di lampiran A. Tandatangan pengesahan penerimaan SATBB perlu di isi sekiranya filem telah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya filem masih belum siap, tandatangan dan tarikh pengesahan penerimaan SATBB tidak perlu dibuat.

      7.9 Kaedah Pengeluaran Wang

      Tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran wang, pinjaman akan dikeluarkan seperti berikut:

      1. 10% pertama akan dikeluarkan apabila siap dokumentasi undang-undang.
      2. 40% kedua setelah ada :
      1. a) Surat FINAS luluskan penggambaran
        b) Kontrak dengan pelakon utama
        c) Surat kebenaran untuk SME Bank maklumkan kepada pawagam dan lain-lain
        d) Jadual Penggambaran di kemukakan
        e) Surat Arahan tidak boleh batal dikemukakan.
        f) Bayaran dibuat seperti perkara berikut:-

        Perkara

        Pelanggan Sedia Ada Yang Mempunyai rekod Bayaran Balik Yang Memuaskan

        Lain-lain Pelanggan

          1. sewaan bagi peralatan kamera
          2. pembelian stok filem

          1. Lain-lain

        Bayaran akan di
        buat kepada
        pelanggan bagi
        perkara yang
        dibiayai.

        Bayaran akan di
        buat terus
        kepada pembekal


        Bayaran terus
        Kepada pelanggan

      2. 40% ketiga setelah ada :

        a) Surat Pengesahan FINAS penggambaran selesai
        b) Surat Pengesahan FINAS melantik syarikat kerja-kerja pasca produksi
        c) Surat aku janji pengedar untuk bayar terus ke akaun projek
        d) Pengesahan Juruaudit ke atas perbelanjaan 50% yang telah dikeluarkan.

      3. 10% keempat akan dikeluarkan setelah perkara-perkara berikut dipenuhi:

        a) memperoleh Sijil Penapisan Lembaga Penapis Filem.
        b) pengesahan tarikh tayangan di pawagam.
        c) surat pelantikan pengedar filem yang diluluskan oleh FINAS / panel jawatankuasa SPFC.

      Pengeluaran wang akan dibuat terus kepada syarikat berdasarkan jadual pelaksanaan (pra-produksi, produksi, pasca produksi dan promosi) dan butiran kos-kos bayaran yang akan dibuat. Tiap-tiap pengeluaran wang mestilah dibuat dalam nisbah yang ditentukan seperti dalam surat tawaran. Syarikat perlulah menujukan bukti sumbangan berdasarkan nisbah pembiayaan Bank ini melalui baucar bayaran dan/atau penyata Bank.

      ‘Reimabursement’ dibenarkan sekiranya syarikat telah mendahulukan pembayaran dengan syarat disertakan bukti pembayaran atau dokumen-dokumen yang berkaitan yang sah dan didapati memuaskan Bank ini.

      Jika pengeluaran wang belum dibuat dan filem telah ditayangkan dan/ atau jualan hak VCD/ TV/ sound track telah dibuat dan semua atau sebahagian kutipan tersebut tidak disalurkan ke dalam akaun projek, SME Bank berhak untuk menyemak jumlah pinjaman yang boleh dikeluarkan.

      7.10 Bukti Sumbangan Syarikat

      Syarikat perlu menunjukkan bukti sumbangan dalam bentuk berikut:

      i. Baucar bayaran dan/atau
      ii. Resit bayaran dan / atau pengesahan penerimaan bayaran Daripada pembekal.
      iii. Penyata bank

      Nota: Keperluan dokumen tersebut adalah mengikut kaedah bayaran sumbangan yang dibuat oleh syarikat.

      7.11 Syarat-syarat lain

      1. Syarikat hendaklah memberi penghargaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan SME Bank pada akhir tayangan filem.
      2. Syarikat hendaklah mewakili negara ke sebarang pertandingan atau pesta filem jika dipilih atau dicalonkan oleh FINAS / KPKK / Persatuan yang berkaitan.
      3. Syarikat hendaklah menggunakan peralatan perfileman dan kemudahan produksi FINAS sebagai pilihan utama.
      4. Syarikat hendaklah mengemukakan perjanjian pengedaran filem / VCD / sound track / TV dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian tersebut ditandatangani.
      5. Syarikat hendaklah kemukakan penyata penutupan akaun daripada pengedar filem / VCD / sound track / TV (mana yang berkaitan) dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian tersebut ditandatangani.
      6. Semua dokumen SME Bank berkaitan dengan pinjaman akan diberikan sesalinan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan begitu juga sebaliknya.
      7. Syarikat mengemukakan penutupan akaun bagi kos pra produksi dan pasca produksi (ringkasan perbelanjaan disokong, penyata bank atau baucar.
      8. Pihak FINAS akan membuat pemantauan untuk bahagian pasca produksi.
      9. Syarikat hendaklah melantik syarikat pasca produksi yang disenaraikan oleh FINAS.
      10. Syarikat hendaklah menyewa peralatan dan kelengkapannya dari syarikat yang disenaraikkan oleh FINAS.
      11. Syarikat hendaklah melatik Pengedar dari syarikat yang diluluskan oleh FINAS.

8. PENTADBIRAN PEMBIAYAAN SKIM

    8.1 Kaedah dan Mekanisma Permohonan

    1. Produser menghantar Sinopsis untuk dinilai dari sudut komersial oleh Jawatankuasa Menilai Sinopsis .
    2. Sinopsis yang berjaya akan dimaklumkan kepada syarikat berkenaan dan syarikat berkenaan membuat permohonan pinjaman dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B dan melampirkan dokumen yang dikehendaki.
    3. Permohonan yang lengkap akan dipanjangkan kepada SME Bank untuk dinilai dari segi keutuhan Syarikat serta berkeupayaan membuat bayaran balik pinjaman. Bagi yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui surat oleh Urus Setia.
    4. Syarikat yang disokong oleh SME Bank akan dipanggil ke sesi Persembahan (Pitching) oleh Urus Setia.
    5. Syarikat yang berjaya dan gagal sesi persembahan akan dimaklumkan melalui surat oleh Urus Setia. Pihak SME Bank akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada syarikat yang lulus sesi persembahan.
    6. Borang permohonan boleh diperoleh dari FINAS atau SME Bank secara percuma.
    7. Permohonan berserta dokumen yang lengkap hendaklah di alamatkan ke:

    Ketua Pengarah
    PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
    Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,
    68000 Ampang, Selangor,
    (U.P : Bahagian Modal dan Insentif)

    8.2 Proses Dan Tempoh Penilaian/Kelulusan Pinjaman

    1. Sokongan Di peringkat SME Bank

      Semua permohonan akan di semak dan yang tidak lengkap akan dikembalikan dan yang lengkap akan dipanjangkan kepada SME Bank untuk dinilai dari segi keutuhan syarikat dan keupayaan bayar balik hutang. Dalam masa dua minggu (14 hari) pihak Bank akan memutuskan sama ada menyokong atau tidak permohonan tersebut.

    2. Kelulusan Di Peringkat Jawatankuasa Pemilihan SPFC

      Semua permohonan yang disokong oleh SME Bank akan dipanggil untuk menghadiri sesi “pitching” dan Jawatankuasa akan membuat keputusan lulus atau tidak. Pemohon akan diberi jawapan dalam bentuk surat dan satu salinan akan dihantar ke SME Bank. SME Bank akan mengeluarkan Surat Tawaran (LO) kepada permohonan yang berjaya. Bagi yang tak berjaya pemohon akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk membentangkan semula kertas cadangan.

9. AKTIVITI PENYELIAAN DAN PENGAWASAN PROJEK

Aktiviti ini dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan SME Bank. Ini merangkumi khidmat susulan projek dan kutipan pembayaran balik pinjaman.

10. TINDAKAN UNDANG-UNDANG

SME Bank akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggan yang gagal membayar balik kemudahan dan / atau tidak mematuhi peraturan dan perjanjian yang ditandatangani.

Sila muat turun Borang Penilaian Sinopsis Dana Pinjaman Filem Cereka di pautan di bawah.






Sila muat turun Borang Permohonan Dana Pinjaman Filem Cereka di pautan di bawah.





Dikemaskini Pada 07/09/13 12:00 AM