Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
FINAS: Pengenalan
Anda berada di : Utama > FINAS

LATAR BELAKANG FINAS


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan pada 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 1984) Akta 244 (Pindaan Akta A589). FINAS mula beroperasi pada 1 November 1981 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia . Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Setelah itu, bermula pada 27 Mac 2004, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). Mulai 9 April 2009, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Pada 15 Mei 2013, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada 6 April 2012, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan penggabungan FINAS dengan Filem Negara Malaysia (FNM) dan diterajui oleh FINAS.

Antara Persetujuan Jemaah Menteri tersebut adalah meminda Akta 244 dengan memasukkan fungsi baharu menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui pengeluaran filem dan merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.

Penggabungan FINAS dengan Filem Negara Malaysia (FNM) berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.


VISI FINAS


Peneraju utama industri perfileman negara ke persada dunia.


MISI FINAS


  • Memperkasakan kemudahan dan perkhidmatan perfileman negara;
  • Mengantarabangsa bahan kandungan kreatif tempatan dan lokasi penggambaran;
  • Menerbitkan kandungan audio visual tentang dasar, pencapaian kerajaan dan mempromosikannya melalui pelbagai saluran media; dan
  • Mendokumentasi, memelihara dan memulihara kandungan audio visual.

OBJEKTIF FINAS


“Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman”


Strategi

  • Memperkasakan persekitaran yang kondusif menerusi pembangunan berterusan organisasi dan prasarana penerbitan filem;
  • Mengukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran  modal insan yang kompeten dan kompetitif;
  • Memastikan kandungan kreatif Malaysia diterima di peringkat domestik serta mampu bersaing di pasaran serantau dan antarabangsa;
  • Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan peningkatan jumlah pelaburan dalam dan luar negara   bagi industri komunikasi dan multimedia;
  • Memacu dan meningkatkan kualiti penerbitan dan jaringan kerjasama antarabangsa;
  • Menggalakkan dan meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan berterusan dalam memajukan  industri kandungan kreatif;
  • Merancang, menggubal dan mengemaskinikan akta / peraturan;
  • Menguatkuasakan Akta 244 dan Peraturan berkaitan;
  • Menyampaikan maklumat yang berkesan tentang dasar, program dan pencapaian kerajaan serta mempromosi negara menerusi pelbagai saluran media kepada masyarakat;
  • Pengkomersilan bahan kandungan tempatan; dan
  • Mendokumentasi, menyimpan, memelihara dan memulihara bahan kandungan audio visual secara   berkesan.
Dikemaskini Pada 11/07/14 9:43 AM