Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
FINAS: Pengenalan
Anda berada di : Utama > FINAS

LATAR BELAKANG FINAS


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan pada 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 1984) Akta 244 (Pindaan Akta A589). FINAS mula beroperasi pada 1 November 1981 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia . Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Setelah itu, bermula pada 27 Mac 2004, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). Mulai 9 April 2009, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Pada 15 Mei 2013, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada 6 April 2012, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan penggabungan FINAS dengan Filem Negara Malaysia (FNM) dan diterajui oleh FINAS.

Antara Persetujuan Jemaah Menteri tersebut adalah meminda Akta 244 dengan memasukkan fungsi baharu menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui pengeluaran filem dan merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.

Penggabungan FINAS dengan Filem Negara Malaysia (FNM) berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.

FUNGSI UTAMA


  • Menyediakan kemudahan pelbagai perkhidmatan perfileman;
  • Mengkaji, menggubal dan melaksana dasar serta peraturan berkaitan industri perfileman;
  • Menyediakan insentif melalui geran, pelaburan dan rebat atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain kepada penggiat perfileman;
  • Menerbit dan mengantarabangsakan bahan kandungan kreatif tempatan;
  • Menggalakkan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dan merangsang industri filem tempatan;
  • Mengeluarkan lesen, mengawal dan memantau aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pemameran filem dalam Malaysia;
  • Memperkasakan modal insan industri perfileman;
  • Menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui pengeluaran filem; dan
  • Merakam peristiwa dan memelihara bahan audio visual sebagai khazanah negara.

VISI


Peneraju utama industri perfileman negara ke persada dunia.

MISI


  • Memperkasakan kemudahan dan perkhidmatan perfileman negara;
  • Mengantarabangsa bahan kandungan kreatif tempatan dan lokasi penggambaran;
  • Menerbitkan bahan audio visual tentang dasar dan pencapaian kerajaan serta mempromosikannya melalui pelbagai platform media; dan
  • Mendokumentasi, menyimpan, memelihara dan memulihara bahan kandungan audio visual.

OBJEKTIF


Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman.

Dikemaskini Pada 04/04/14 12:50 PM