Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
Pusat Sumber : Terbitan Finas
Anda berada di : Utama > Pusat Sumber

BUKU-BUKU TERBITAN FINAS

Tajuk Buku Prinsip Filem Dokumentari: Penilaian, Penceritaan & Kritikan
Pengarang Ubaidullah Mustaffa
Harga RM90.00
ISBN 978-967-5134-01-2
Tahun Terbit 2008
Sinopsis
Buku ini menggariskan cara penilaian sebuah filem dokumentari. Keunikan buku ini kerana menggunakan kaedah penilaian kualitatif yang boleh diberi nilaian angka dan pada yang sama bersifat kuantitatif. Penilaian kepada bentuk kuantitatif ini memudahkan tafsiran tentang mutu sebuah filem dokumentari untuk dihakimi.

Tajuk Buku Jins Shamsudin: Kembara Seorang Seniman
Pengarang Mohd Zamberi A. Malek
Harga RM85.00
ISBN 978-983-99423-9-2
Tahun Terbit 2007
Sinopsis
Jins Shamsudin ialah nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air menjangkau tempoh 50 tahun dan menempatkan ya sebagai karyawan filem berpengalaman luas. Penyertaannya dalam arena perfileman Melayu pada tahun 1956 menambah kehangatan era kegemilangan filem-filem Melayu khususnya terbitan Studio Jalan Ampas, Singapura. Jalan Ampas telah mencorakkan pelbagai aksi lakonan Jins Shamsudin. Anak kelahiran Perak ini juga mencipta nama sebagai pelakon bertaraf antarabangsa apabila ditawarkan berlakon di Hong Kong. Jins Shamsudin seniman sepanjang zaman yang berusaha gigih mencari perubahan, cabaran dan kemajuan sehingga kini.

Tajuk Buku Jejak Terbilang
Pengarang Aimi Jarr
Harga RM80.00
ISBN 978-983-99423-7-8
Tahun Terbit 2007
Sinopsis
Jejak Terbilang tulisan Aimi Jarr mendedahkan kisah peribadi 60 orang seniman dan seniwati filem Melayu yang tersohor yang pernah dan masih mewarnai dunia seni filem Melayu pada era kegemilangan filem Melayu iaitu era Studio Malay Film Production, Studio Cathay Keris dan Studio Merdeka Hulu Kelang. Beliau mengenali seniman dan seniwati ini sewaktu beliau menjadi wartawan hiburan majalah Gelanggang Filem di Singapura yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramlee.

Tajuk Buku Malaysian Films: The Beginning
Pengarang Mohd Zamberi A. Malek & Aimi Jarr
Harga RM80.00
ISBN 983-99423-3-6
Tahun Terbit 2005
Sinopsis
Menceritakan tentang perkembangan filem Melayu yang bermula pada tahun 1933 sehingga kemuncaknya pada tahun 1950-an. Dua studio utama memainkan peranan penting dalam perkembangan filem Melayu di Singapura iaitu Malay Film Production Studio yang dimiliki oleh Shaw Brothers Organization dan Cathay Keris Studio di East Coast Road yang dimiliki oleh Cathay Organization.

Tajuk Buku

Tiada Kata Secantik Bahasa

Pengarang Jamil Sulong
Harga RM60.00
ISBN 9789839942385
Tahun Terbit 2008
Sinopsis
Tanpa lirik bolehkah kita menikmati lagu-lagu itu? Sepatah kata Pak Jamil, lagu tanpa lirik, ibarat bunga tanpa warnanya. Buku ini merupakan koleksi lirik nukilan Jamil Sulong daripada filem-filem keluaran Shaw Brothers di Singapura semenjak tahun 50-an sehingga awal 2006. Lebih daripada 153 lirik ditulis oleh Pak Jamil dari pelbagai penggubah lagu seperti Ahmad Gafar dengan lagu IBU, Pak Zubir dengan lagu Ikan Kaloi atau Buai Laju-laju. Buku ini memberi makna bahawa betapa pentingnya nama untuk setiap karya.

Tajuk Buku Roll Camera Action
Pengarang Yusof Haslam
Harga RM40.00
ISBN 983994235-2
Tahun Terbit 2006
Sinopsis

Merupakan himpunan artikel Yusof Haslam yang pernah mengisi ruangan khas Bintang Popular (sisipan Berita Minggu). Pemikiran Yusof Haslam yang dipancarkan dalam artikel ini bukan sahaja menyentuh pelbagai sudut kegiatan perfileman, bahkan juga tentang artis dan kehidupan mereka sebagai insan seni.

Tajuk Buku Sutradara Kontemporari Malaysia
Pengarang Mahadi J. Murat
Harga RM25.00
ISBN 983-99423-2-8
Tahun Terbit 2006
Sinopsis
Buku ini menelusuri jejak pemikiran, sudut pandangan dan falsafah hidup sutradara Malaysia dalam pekerjaan mereka. Sutradara Kontemporari merupakan jendela hati dan alam pemikiran 13 orang sutradara iaitu Abdul Razak Mohadideen, Adman Salleh, Aziz M. Osman, Badaruddin Azmi, Erma Fatima, Othman Hafsham, Mahadi J.Murat, Rashid Sibir, Raja Ahmad Alauddin, Shuhaimi Baba, U-Wei, Yasmin Ahmad dan Yusof Haslam.

Tajuk Buku Filem Malaysia Era 1975-1999
Pengarang FINAS
Harga RM48.00
ISBN 983-99423-2-8
Tahun Terbit
Sinopsis

Buku ini merakamkan sinopsis, maklumat produksi dan gambar filem tempatan yang diterbitkan di antara tahun 1975-1999 iaitu saru tempoh yang merangkumi masa selama 25 tahun perfileman Malaysia. Ruang masa 25 tahun ini dipilih kerana 1975 dianggap tahun atau era bermulanya perfileman Melayu memasuki perubahan secara menyeluruh, iaitu dari segi penerbitan filem warna dan kebangkitan perfileman Melayu yang aktif oleh pengusaha tempatan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang didominasi di kalangan pengusaha dan karyawan-karyawan dari luar negara.

Tajuk Buku Keadaan Dan Permasalahan Penulis Dan Penulisan Skrip
Pengarang Asiah Sarji, Faridah Hashim & Mazni Buyong
Harga RM15.00
ISBN 983-99423-0-1
Tahun Terbit 1997
Sinopsis
Merupakan hasil usaha kerjasama penyelidikan di antara FINAS dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini memberi gambaran tentang latar belakang keadaan dan masalah berkaitan dengan penulis serta penulisan skrip. Isu-isu yang dikaji adalah pelbagai dan berkisar dari perkara utama yang serius termasuk bayaran, pendapatan, latihan dan pendidikan serta mutu skrip. Di samping itu, sikap dan minat penulis, kritikan media serta masalah lain yang dihadapi dalam penghasilan skrip juga diutarakan.

Tajuk Buku Pola Pengamalan Profesionalisme Dalam Industri Filem Malaysia
Pengarang Dr. Asiah Sarji, Dr. Faridah Hashim, Mazni Buyong & Penerbit UKM
Harga RM15.00
ISBN 983-99423-0-1
Tahun Terbit 1996
Sinopsis
Walaupun perubahan sistem dan keadaan dalam dunia perfileman semakin ketara, namun perubahan ini sangat perlahan berbanding institusi lain di Malaysia seperti institusi lain di Malaysia seperti industri penyiaran dan telekomunikasi yang nyata berkembang pesat. Kelembapan perkembangan institusi filem adalah masalah tenaga manusia yang merupakan salah satu sub-sistem utama dalam aktiviti pembuatan filem. Mutu tenaga manusia dan kaedah penggunaannya dalam industri filem di Malaysia dianggap tidak profesional atau kurang profesional.

Tajuk Buku Memoir Hamzah Hussin- Dari Keris Film Ke Studio Merdeka
Pengarang
Harga RM25.00
ISBN 967-942-358-1 (KK), 967-942-360-3 (KL)
Tahun Terbit
Sinopsis
Memoir ini ialah sebuah kisah seorang penulis novelis dan tokoh filem. Sebelum menceburi dunia perfileman, Hamzah Hussin atau dikenali sebagai Pak Hamzah pernah bekerja dengan Melayu Raya dan memimpin Majalah Filem Raya. Beliau juga merupakan tunggak kepada Harmy Press dan Royal Press, dua penerbit aktif di Singapura ketika itu. Antara novel yang terbaik ialah Rumah itu Dunia Aku yang terbit pada sekitar tahun 1950-an yang kemudian difilemkan oleh Cathay Keris. Hamzah kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem, di samping menjadi penulis berpuluh buah skrip filem.

Tajuk Buku Daftar Filem Melayu (1933-1993)
Pengarang Jamil Sulong, Hamzah Hussein & Abdul Malik Mokhtar
Harga RM3.00
ISBN
Tahun Terbit
Sinopsis

Mengandungi senarai filem Melayu sejak mula diterbitkan pada tahun 1933 hingga 1993 termasuk pembikinan filem di Singapura dan Malaysia keluaran MF, Cathay Kris dan Merdeka Studio.

Tajuk Buku

Pembikinan Filem Impak Maksima

Pengarang Fariza Hj. Saidin
Harga RM55.00
ISBN 9789239942392
Tahun Terbit 2008
Sinopsis
Buku Pembikinan Filem Impak Maksima menjelaskan tentang pelbagai aspek iaitu bermula daripada pra-produksi, produksi dan pra-produksi sehingga filem tersebut ditayangkan. Filem Impak Maksima merupakan filem tempatan pertama yang mengetengahkan permainan automatif khususnya aksi drag dan drift seperti filem Hollywood The Fast The Furious serta sekuelnya. Buku ini turut menyentuh tentang kehebatan elemen pemotoran yang ditonjolkan secara realistik menggunakan teknik khas imej janaan komputer (CGI). Buku Pembikinan Filem Impak Maksima mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah filem yang pertama dibukukan dalam siri Pembikinan Filem.... terbitan FINAS juga buku pertama di Malaysia yang menyentuh aspek pembikinan filem.

Tajuk Buku

1957 Hati Malaya

Pengarang Shuhaimi Baba
Harga RM98.00
ISBN 978-967-5134-12-8
Tahun Terbit 2009
Sinopsis

Buku ini menyingkap pahit manis usaha di sebalik tabir dalam penerbitan sebuah filem sejarah mengenai pembentukan Malaysia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Dengan memahami pembikinan filem ini pembaca juga akan lebih menghayati sejarah penting negara dan semakin mereka meneliti dan memahami setiap detik, liku dan warna perjuangan dan pengorbanan pemimpin bangsa terutama Datuk Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tajuk Buku

Bermulanya Filem Melayu

Pengarang Aimi Jarr & Mohd. Zamberi A. Malek
Harga RM80.00
ISBN 978-967-5134-10-4
Tahun Terbit 2009
Sinopsis

Pada peringkat awal perkembangan filem Melayu telah memperlihatkan gabungan bakat anak Melayu tempatan, Cina dan kemahiran seni perfileman dari bangsa India. Penghasilan buku ini juga dapat memperkenalkan kepada kita di mana pada awalnya persembahan wayang kulit menguasai pemikiran budaya hiburan masyarakat Melayu beberapa abad lamanya sehinggalah teknologi yang terkini yang telah menguasai perkembangan dunia perfileman tanah air

Tajuk Buku

Industri Dokumentasi Di Malaysia

Pengarang Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Shamsubaridah Ramlee
Harga RM60.00
ISBN 978-967-5134-11-1
Tahun Terbit 2009
Sinopsis

Buku ini menjelaskan bagaimana keadaan dalam industri filem dokumentasi Malaysia diterokai secara saintifik dan sistematik berasaskan isu – isu yang diberi perhatian. Pendekatan kajian bermaksud perspektif atau cara isu industri dokumen ini diteliti sebagai subjek kajian

Tajuk Buku

Penontonan Filem Cereka Di Malaysia

Pengarang Fuziah Kartini Hassan Basri, Faridah Ibrahim & Mohd. Safar Hasim
Harga RM60.00
ISBN 978-967-5134-12-8
Tahun Terbit 2009
Sinopsis

Buku ini menjelaskan tentang penemuan dari sebuah kajian di seluruh Negara yang cuba memahami tingkah laku, citarasa, persepsi, dan harapan khalayak filem cereka di Malaysia. Sifat penonton wayang di negara ini yang jelas ialah mereka wujud dalam suatu keadaan pemasaran terbuka yang memperlihatkan hasil - hasil tempatan bersaing hebat dengan hidangan dari Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Jepun, Korea dan pelbagai lagi filem antarabangsa

Dikemaskini Pada 08/06/12 10:18 AM