Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
Studio Digital Mix Stage: Studio Digital Mix Stage
Anda berada di : Utama > Studio Digital Mix Stage

Studio Digital Mix Stage

Bertepatan dengan usaha memartabatkan industri filem tanah air maka lahirnya projek terulung Finas iaitu Studio Digital Mix Stage. Studio ini merupakan projek yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diiktiraf sebagai DOLBY DIGITAL PREMIERE.

Ini memberi ruang kepada penggiat filem tempatan menghasilkan adunan audio dan bunyi dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1. Dalam masa yang sama ia juga menawarkan ruang kerja yang beraspirasi dan menenangkan. Secara tidak langsung perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada karya kretiviti mereka.

Studio ini dilengkapi dengan peralatan audio yang terkini dan setanding jika dibandingkan dengan studio-studio di luar negara. Tambahan pula pembinaan studio ini mendapat sentuhan pakar dari Hollywood dalam rekabentuk bangunan, akustik dan juga pemilihan peralatan.

Antara kemudahan yang ada yang ditawarkan di Studio Digital Mixstage ini adalah Mix Stage Studio, Audio Dubbing Room, Audio Sweeting Room, Foley dan Optical Sound Camera.

Dikemaskini Pada 22/06/09 12:00 AM