Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Jumaat Okt 28, 2011
Bicara Industri Bersama PFM & FINAS

Berita & Foto: Rafiuddin Abdul Rahman

27 Oktober 2011 – Satu perbincangan mengenai industri perfileman khususnya cabaran semasa yang dihadapi oleh penerbit filem tempatan bersama ahli jawatankuasa Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan FINAS telah diadakan di Bilik Mesyuarat,Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.

Bicara bersama industri diketuai oleh Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak selaku pengerusi dan  YBhg. Datin Paduka Suhaimi Baba, Presiden PFM turut hadir. Tujuan perbincangan ini adalah untuk melihat semula memorandum PFM, senario dan cabaran serta kekangan semasa yang dihadapi oleh pernerbit filem tempatan. Di Antara perbincangan iaitu perolehan Skim Wajib Tayang dan Pemulangan Duti Hiburan, Slot Wajib Tayang, Hakcipta – Program Televisyen, Masalah Cetak Rompak, Pembangunan Industri dan Pengecualian Cukai Korporat dan Individu.

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FINAS, Pn. Hajah Fatimah Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FINAS, Tn. Haji Zulkifli Wahab, Pengarah Modal dan Insentif FINAS, Rozita Waty Ridzuan. Hadir juga, Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim, Penolong Setiausaha PFM, Gayatri Su-Lin Pillai.

Diharap bicara ini dapat menyelesaikan masalah yang selama ini dihadapi oleh semua penerbit – penerbit filem tempatan.  Semoga industri perfileman kita terus maju ke persada dunia.