Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Rabu Mac 21, 2012
Seminar Stereoskopik 3D Dengan Kerjasama FINAS dan Sony

Berita & Foto : Zaharah Md Jaferi

Hulu Kelang, 21 Mac 2012 - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SONY Malaysia kerana sudi bekerjasama dalam menganjurkan seminar Stereoskopik 3D selama dua hari di Studio Sound Stage Finas.

Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan terkini berkaitan teknologi produksi khususnya penggunaan aplikasi 3d dalam pembikinan produk kreatif seperti animasi,filem dan sebagainya.Seperti yang di ketahui ramai jenama Sony sememangnya merupakan produk yang tahan lasak dan boleh di gunakan ke tahap maksimum.

Pn.Hajah Fatimah Ahmad, selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FINAS telah hadir bagi merasmikan seminar tersebut serta memberi cenderahati kepada Ketua Penyelesaian Perniagaan Profesional Sony,Katsuhiro Masaoka di atas usahasama tersebut.

Seminar ini disampaikan olen tiga panel iaitu Perancang Perniagaan kanan,Yasushi YamaMoto yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang penyiaran Sony,Hiroyuki Takahama selaku perancang Kanan kandungan dan Mr.Aaron Hee yang penah manjadi pelatih teknikal Betacam digital serta bertanggungjawab dalam memasarkan produk 3D.

Bengkel selama dua hari ini merangkumi demonstrasi dan teknik penggunan kamera dan peralatan suntingan 3d Sony yang banyak memberi kelebihan kepada pembikin filem.

Menurut Pengarah Studio Finas En Hassan Asbor Hassan Mutaat,sudah masanya untuk industri perfileman tempatan meneroka teknologi Stereoscopic 3D ini bagi setiap karya yang di hasilkan seperti kebanyakkan negara luar. Contohnya Filem popular ’Avatar” dalam sesi sidang media yang diadakan.

Justeru itu, Finas akan sentiasa peka dan prihatin dengan menawarkan pelbagai bengkel yang lebih praktikal supaya penggiat filem mendapat ilmu yang lebih jelas bagi industri filem kita.