| BERITA FINAS | |||
| Anda berada di : Utama > Berita Terkini | |||
|
Isnin Jun 23, 2008 Sidang media yang diadakan di Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW) bagi mengumumkan tarikh dan lokasi berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) telah dihadiri oleh rakan-rakan media, sutradara filem, penerbit filem, artis-artis dan peserta-peserta yang akan terlibat di FFM21. FFM21 ini dijangka mempertandingkan 29 filem cereka, bagaimanapun hanya 20 filem dijangka layak tersenarai, manakala sembilan lagi masih dalam pemerhatian berikutan tarikh penganjuran yang semakin hampir.
Khamis Mei 29, 2008 29 MEI setiap tahun diisytiharkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebagai Hari Seniman dan juga sempena 35 tahun pemergian Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang julung kali diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang julung kali diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Jumaat Mei 16, 2008 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Titian Budaya Malaysia-Singapura di Singapura pada 8 hingga 11 Mei lalu. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia dan Singapura bukan sekadar berjiran malah turut berkongsi dari segi sudut sejarah dan budaya yang sama.
Selasa Mei 13, 2008 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC) telah menyertai pasaran filem dan audio visual yang terbesar di dunia iaitu International Film and Television Market 2008 (MIPTV) yang berlangsung di Palais des Festivals, Cannes, Perancis pada 7-11 April 2008.
Selasa Apr 15, 2008 Perkembangan seni lukis moden Malaysia terutamanya pada era pascamerdeka begitu sinonim dengan perkembangan Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Sejak ditubuhkan pada 27 Ogos 1958, BSLN yang hanya pada ketika itu mempunyai 4 buah karya seni visual kini berbangga dengan koleksi himpunan tetapnya yang telah menjangkau 3700 buah karya pelbagai genre.
Jumaat Apr 11, 2008 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan warga industri perfileman berbesar hati menyambut sesi lawatan kerja oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Mohd Shafie Hj.Apdal dan Timbalan Menterinya, Y.B Tuan Teng Boon Soon ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang pada 1 April lalu.
Khamis Apr 10, 2008 Seramai 54 orang pelajar dan diiringi 6 orang tenaga pengajar dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, (Kursus Teknologi Perisian Multimedia) telah mengadakan lawatan sambil belajar di FINAS.
|
|||
|