Petaling Jaya, 23 Mac – Seramai 30 pegawai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berpeluang menyertai sebuah program integrasi ilmu dan sinergi industri di FINAS Petaling Jaya hari ini. Petaling Jaya, 23 Mac – Seramai 30 pegawai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berpeluang menyertai sebuah program integrasi ilmu dan sinergi industri di FINAS Petaling Jaya hari ini. Program interaktif dua hala ini meneroka peranan strategik FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem di Malaysia selain perkongsian maklumat berkaitan pembangunan ilmu dan kandungan berteraskan teknologi dan pendigitalan yang dibangunkan FINAS melalui operasi Museum of Moving Images (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage di bawah Centre of Excellence (COE). Delegasi ini turut berpeluang meninjau secara langsung proses restorasi dan pendigitalan kandungan yang telah memberi pengalaman dan informasi berkaitan kepada mereka. Program ini berakhir dengan sesi perkongsian dan eksplorasi bakat bersama dua pelakon hebat Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi yang telah berkecimpung lebih 20 tahun di dalam industri seni tanahair.