Kuala Lumpur, 6 Mei 2015 – Unit Penerbitan FINAS telah menjual beberapa judul buku Perfileman terbitan FINAS antaranya buku Biografi; Mustapha Ma’arof – Seniman Merentas, Kembara Seorang Seniman – Jins Shamsudin,  Buku Adaptasi Dari Filem; 1957 Hati Malaya, buku Ilmiah Perfileman;  Script Writing Ultimate Storytelling serta Buku Dokumentari; Sutradara Kontemporary Malaysia serta banyak lagi. Kesemua buku – buku ini mendapat potongan harga diskaun sehingga 40% untuk setiap pembelian buku.

Kehadiran artis terkenal seperti Syarul Ridzuan, Nadzmi Adhwa dan Mia Ahmad di booth FINAS sempena Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL2015)  telah mendapat sambutan dari orang ramai yang turut hadir memeriahkan pesta tersebut.

Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL2015) telah berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2015 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC).