“Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman”

Peneraju utama industri perfileman negara ke persada dunia.

  • Memperkasa perkhidmatan dan kemudahan yang cekap serta berkesan
  • Meningkatkan profesionalisme dalam kalangan penggiat Industri
  • Meningkatkan sokongan, penontonan dan semangat mencintai filem tempatan
  • Mendokumentasi, memelihara dan memulihara kandungan audio visual
  • Menerbitkan kandungan audio visual berkualiti tinggi sebagai wadah aspieasi dan komunikasi kerajaan
  • Mempromosi dan meningkatkan eksport kandungan tempatan keperingkat global dengan jaringan kerjasama strategik dan perhubungan antarabangsa
  • Mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dan pelaburan penerbitan di peringkat domestik dan antarabangsa
  • Mengawal aktiviti-aktiviti perfileman melalui perlesenan dan penguatkuasaan
    • FINAS adalah singkatan daripada perkataan Filem Nasional Malaysia iaitu Perbadanan Kemajuan FilemNasional Malaysia.
    • Huruf “F” yang bergarisan jalur selari dan track yang meliuk adalah merupai suatu fenomena dalam kamera yang mengawal pembukaan dan penutupan aperture.
    • 14 bintang berbucu adalah gabungan 14 negeri dalam Malaysia yang merupakan gabungan kepakaran manusia dan kecanggihan peralatan bagi menghasilkan karya filem yang bermutu.
    • Susunan 14 bintang berbucu dalam bentuk bebola cahaya melambangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sebagai agensi yang menerangi industri perfileman.
    • FINAS berjalur 3 adalah bermaksud peranannya memaju dan mendorong 3 aktiviti utama dalam industri iaitu pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
    • Warna ungu gabungan 3 warna utama merah, kuning dan biru yang menghasilkan warna neutral, bererti memberi layanan saksama kepada mana-mana golongan penglibat industri.
    • Logo FINAS telah diinspirasikan oleh Cik Normah Nordin, bekas Penolong Pengarah Pembangunan FINAS yang kini merupakan aktivis seni dan tenaga pengajar lakonan.