Hulu Kelang,  7 Januari 2015 – Satu Penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka  Tempatan ( ITFC ) dan Pemberian Bantuan Pentadbiran Persatuan telah berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS. Penyampaian tersebut telah disampaikan oleh Puan Khalidah Mohd Darus selaku Timbalan Ketua Pengarah FINAS

Sebelum ini, sebanyak RM 4.1 juta telah  diagihkan kepada 22 penerbit filem pada tahun 2014. Kali ini, pemberian yang disampaikan adalah merupakan jumlah baki peruntukan yang tinggal. ITFC adalah merupakan galakan dan suntikan kewangan Kerajaan kepada Pembangunan Industri Filem Tempatan yang bertujuan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem-filem cereka tempatan berkualiti.

Tahun ini, sebanyak 1.3 juta, telah diagihkan kepada 12 buah syarikat (15 buah judul filem). Manakala, sebanyak 27 buah persatuan telah menerima bantuan pentadbiran persatuan.

Bemula pada tahun 2015, bantuan pentadbiran persatuan tidak lagi diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui FINAS tetapi akan diselaraskan oleh Bahagian Dasar Kebudayaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dalam perkembangan Industri Kreatif di peringkat Global, FINAS komited dalam memperkasakan Industri ini agar lebih kompetitif serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Teks: Iyda Jame

Foto: Shahriman Jimin

Unit Komunikasi Korporat