Kuala Lumpur, 23 November – Tayangan perdana filem Jibam telah diadakan di MM Cineplex, e-Curve Damansara hari ini. Filem terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd., arahan Che Mie ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Ashraf atau Jibam yang mempunyai keistimewaannya yang tersembunyi. Filem Jibam adalah adaptasi dari novel Jibam yang diterbitkan pada tahun 1988 tulisan kartunis Ujang. Pelakon kanak-kanak Mohd. Ariff Abdullah telah dipilih untuk melakonkan watak Jibam, digandingi pelakon-pelakon tanah air seperti Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Fadlan Hazim, Esma Danial, Mia Ahmad, Kazar Saisi dan ramai lagi. Saksikan tayangan filem Jibam di pawagam bermula 7 Disember 2017.