Setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan pastinya tidak datang bergolek dalam dakapan. Begitu juga halnya dengan pelakon kelahiran Ipoh, Anuar Chew Kin Wah, 52, yang mula menjadi legasi di negara jiran, Indonesia.Namanya mula meniti di bibir penggiat filem Indonesia selepas merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik melalui filem Cek Toko Sebelah pada Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA 2017), Mac lalu dan Festival Filem Tempo (FFT), beberapa minggu lalu. Itu belum lagi dikira pencalonan terbaru untuk i-Cinema Awards dan Anugerah Piala Maya-6 pada awal minggu lalu

Kredit: Amirul Haswendy Ashari|Metro Ahad