Petaling Jaya, 23 Oktober – YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi Dan Multimedia yang baru dilantik bermula 9 Oktober 2017 yang lalu telah mengadakan kunjungan hormat ke FINAS Petaling Jaya petang tadi diiringi Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Dato’ Samsuni Mohd Nor. Kunjungan tersebut disambut Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi & Teknikal) Tuan Hj Mohd Zulkifli Ab.Wahab serta pengurusan tertinggi FINAS.

Selain perkongsian maklumat oleh Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob mengenai FINAS sebagai badan peneraju industri filem berserta pembentangan fungsi oleh para pengarah bahagian di FINAS, YBrs. TKSU (Dasar) turut meninjau fasiliti dan operasi Makmal Perfileman, Negatif Room, Editing Room dan Museum Of Moving Image (MOMI) di FINAS Petaling Jaya.