Sekitar Majlis Penutup Bengkel ‘Lighting for Film & TV : The Feel’ anjuran FINAS dan PROFIMA yang telah bermula 15 Mei 2017 sehingga 19 Mei 2017 ini diadakan di Pejabat FINAS Santubong, Kuching, Sarawak. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab Wahab, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, Kapten Khir Mohd Noor, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Malaysia (PROFIMA), tenaga pengajar serta para peserta.