Kuala Lumpur, 16 Ogos – Majlis Penyerahan Van Maxus kepada Persatuan Seniman Malaysia dari Britscar Automobile Sdn Bhd (BCA) adalah satu projek CSR BCA agar dapat membantu Seniman beroperasi dalam semua bentuk urusan kerja mahupun dalam bentuk kerja amal. Britscar Automobile memahami bahawa Seniman merupakan satu persatuan artis yang menjaga kebajikan ahli-ahli mereka terutama sekali artis-artis veteran dan juga artis yang kurang berkemampuan. Dengan adanya van ini, ia dilihat dapat membantu Seniman dalam aspek isu pengangkutan ketika ini.

Ujar Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, beliau menyokong segala aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Seniman bagi membantu pembangunan industri kreatif negara. Selain itu, En. Zed Zaidi dalam ucapanya berkata, FINAS adalah sebuah agensi kerajaan yang sentiasa menjadi tulang belakang Seniman untuk terus memberi sokongan dan bantuan dari pelbagai segi aspek.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BCA kerana meyumbangkan sebuah Van Maxus kepada Seniman untuk memudahkan pergerakan aktiviti serta program Seniman dari segi pengangkutan. Majlis Penyerahan kunci Van anjuran Persatuan Seniman Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob bersama Presiden Seniman, En. Zed Zaidi dan Pengarah Urusan BCA, Puan Mazliza Madzhar. Turut hadir bersama, ahli-ahli seniman serta rakan media.