Kuala Lumpur 19 April 2018- Majlis Perasmian Penubuhan Yayasan KRU dan KRU Academy Open Day anjuran KRU Academy telah diadakan di KRU Academy, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Berobjektifkan untuk menyediakan program jangka panjang dan jangka pendek kepada golangan muda yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran, mengeratkan kerjasama dengan industri, dan menyediakan program masterclass kepada semua golongan, penubuhan yayasan ini juga akan membantu golongan B40 dan belia di kampung pedalaman dengan menganjurkan program-program bidang kemahiran untuk anak-anak muda.

Selain itu, Yayasan KRU juga akan bertindak untuk mengumpul dana untuk membantu pelajar-pelajar mendapat pembiayaan untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Norman Abd Halim Presiden KRU Academy dan turut hadir memeriahkan majlis ialah Cik Habibah Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan FINAS,
para pelajar Yayasan Raja Muda Selangor, para pelajar SMK Putra Perdana, para pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan jemputan lain.

kru 1

kru 2

kru 3

kru 4

kru 5

kru 6