Hulu Kelang, 2 Mac – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pembangunan Industri dengan kerjasama Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) hari ini mengadakan sesi pratonton Telefilem Matahari di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS.

Telefilem Matahari ini dihasilkan oleh garapan bersama pengarah Jalil Hamid dan Zainorhisyam Samudin bersama peserta bengkel kemahiran dan latihan filem dan multimedia SAHABAT FILEM 2016 Siri 1 di Lahad Datu, Sabah. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Wan Raja dan Kodi Rasheed.

Turut hadir sama dalam majlis pratonton ini ialah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, Tn. Hj Mohd Zulkifli Ab Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal, Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri, Pn. Hjh. Subaidah Md. Top, Pengarah Kreatif & Produksi, En. Mohd Fazli Abdul Aziz, Pengarah Khidmat Pengurusan, En. Abdul Jalil Abd. Hamid, Pengerusi ISKAF, Cik Asmuriza, Penolong Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu FELDA dan para pelakon.