Sekitar Malam Gala Tayangan Filem ‘Malay Regiment’ terbitan dan arahan Datuk Jurey Latiff Rosli di mmCineplexes, Cineleisure Damansara yang dihadiri barisan tetamu kehormat YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang melibatkan pasukan kesalamatan dari unit 17 RAMD yang menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Turut hadir memberi sokongan Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, para karyawan industri dan rakan-rakan media. Filem aksi sejarah lakonan Yus Waisar, Nad Zainal, Z.Zamri, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 31 Ogos 2017 ini.