Kuala Lumpur, 28 Julai – Majlis Anugerah Telenovela 2018 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Global Content Exchange Capital (GCE Capital) telah disempurnakan dengan penyampaian 46 buah anugerah bagi pelbagai kategori merangkumi drama bersiri, telefilem, filem dan anugerah khas yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada malam tadi. Bagi kategori telenovela, mini siri ‘Mandatori’ arahan Razaisyam Rashid bergenre ’crime thriller’ yang diadaptasi daripada novel karangan penulis Ramlee Awang Murshid berjaya merangkul anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik serta Skrip Terbaik. Karya Ramlee di dalam novel terlaris ‘Tombiruo’ juga membuahkan hasil apabila adaptasi ke layar perak menerusi filem box office, ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ telah diumumkan sebagai Filem Terbaik manakala telefilem ‘Srengenge’ yang diadaptasi daripada novel tulisan Sasterawan Negara, Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pula dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik.

Mengiktiraf usaha pembangunan kandungan menerusi industri buku dan sinergi industri kreatif melalui adaptasi dan terjemahan di medium filem, telefilem dan drama bersiri, Anugerah Telenovela 2018 ini turut mengiktiraf bintang seni lagenda seperti Datuk Rosnani Jamil (Tokoh Seniwati), Othman Hafsham (Tokoh Seniman), Datuk Hj Rahim Razali (Seniman Lagenda) dan Anugerah Primadona Telenovela kepada Fauziah Dato’ Ahmad Daud.

Disokong dengan kehadiran Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS yang mewakili Dato’ Dr. Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad, Prof. Dr. Asiah Sarji, Pengerusi Panel Anugerah Buku Negara, Tuan Haji Hasan Hamzah, Pengerusi Perbadanan Buku Negara, Encik Kamil Khan, Pengarah Anugerah Telenovela, presiden-presiden persatuan perfileman, tetamu kehormat industri, penggiat-penggiat seni, penerbit dan pengarah filem, penulis-penulis novel, para artis jemputan, rakan-rakan media dan jemputan yang lain, di antara senarai pemenang Anugerah Telenovela 2018 termasuklah;

A. Dalam Talian (Online)
1. Anugerah Novel Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Idea Kreatif Publication

2. Anugerah Telenovela Popular:
‘Hero Seorang Cinderella’
Penerbit: Cube Film Sdn Bhd

3. Anugerah Telefilem/Filem Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Astro & Red Films Sdn Bhd

4. Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular:
Fattah Amin,
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

5. Anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

6. Anugerah Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular:
Fattah Amin
Judul: ‘Wanita Terindah’

7. Anugerah Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Wanita Terindah’

B. Novel
8. Anugerah Novel Terbaik:
‘Perempuan Paling Bahagia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

9. Anugerah Novel Adaptasi Terbaik:
‘Dia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

10. Anugerah Novelis Terbaik: Syamnuriezmil
Judul: ‘Perempuan Paling Bahagia’

11. Anugerah Penerbit Novel Terbaik:
Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

C. Telenovela
12. Anugerah Telenovela Terbaik:
’Mandatori’
Penerbit: Astro & Ideate Media

13. Anugerah Pelakon Telenovela Terbaik:
Ariel Zafrel
Telenovela: ‘Mandatori’

14. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik:
Siti Saleha
Telenovela: ‘Mandatori’

15. Anugerah Pengarah Telenovela Terbaik:
Razaisyam Rashid
Telenovela: ‘Mandatori’

16. Anugerah Penulis Skrip Telenovela Terbaik:
Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini & Aziz Salim
Telenovela: ‘Mandatori’

17. Anugerah Lagu Tema Telenovela Terbaik
Lagu: ‘Bahagia Kasihmu’
Komposer: Ippo Hafiz
Penyanyi: Ippo Hafiz
Telenovela: ‘Bahagia Kasihmu’

D. Filem
18. Anugerah Filem Terbaik
‘Tombiruo ‘Penunggu Rimba’
Penerbit: Astro Shaw & Ideate Media

19. Anugerah Pelakon Lelaki Filem Terbaik
Jalil Hamid
Filem: ‘Bisik Pada Langit’

20. Anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik
Izara Aisyah
Filem: ‘Kau Yang Satu’

21. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Seth Larney
Filem: Tombiruo ‘Penunggu Rimba’

22. Anugerah Penulis Skrip Filem Terbaik
Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

23. Anugerah Lagu OST Filem Terbaik
Lagu: ‘Ribut Hati’
Komposer: Gabriel Lynch
Penyanyi: Aina Abdul
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

E. Telefilem
24. Anugerah Telefilem Terbaik
‘Srengenge’
Penerbit: Arca Creative House Snd Bhd

25. Anugerah Pengarah Telefilem Terbaik
Mahuddin Ibrahim
Telefilem: ‘Srengenge’

26. Anugerah Penulis Skrip Telefilem Terbaik
Wan Mahani Wan Hassan
Telefilem: ‘Srengenge’

E. Anugerah Khas Juri.
27. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik :
Nik Adam Mika
Telenovela : ‘Suamiku Paling Sweet’

28. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik :
Mohd Ariff Abdullah
Filem : ‘Jibam’

29. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik :
Zara Sophia
Telefilem : ‘Kalbu Pun Berzikir’

30. Anugerah Pelakon Veteran Filem Terbaik :
Bohari Ibrahim
Filem : ‘Jibam’

31. Anugerah Lakonan Sokongan Mantap :
Zarynn Min
Telenovela : ‘Gaduh-gaduh Sayang’

32. Pelakon Serba Dinamik dan Komited :
Emma Maembong

G. Anugerah Lain.
33. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Utara Malaysia (UUM)

34. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

35. Anugerah Stesen Penyiar Telenovela Prolifik :
Astro

36. Anugerah Penerbit Telenovela Prolifik :
Global Station Sdn. Bhd.

37. Anugerah Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela :
Rozie Rashid

38. Anugerah Primadona Telenovela :
Fauziah Dato’ Ahmad Daud

39. Anugerah Seniman Lagenda :
Dato’ Abdul Rahim Mohd Razali

40. Tokoh Seniman :
Othman Hafsham

41. Tokoh Seniwati :
Datuk Rosnani Jamil

42. Tokoh Industri Kreatif :
Datuk Kamil Othman

43. Ratu Telenovela Serba Dinamik : Emma Maembong

44. Anugerah Telenovela Antarabangsa:
1. Indonesia:
Novel: Tukang Bubur Naik Haji
Penulis: Prof Dr. Syahriar Tato
Baharudin Tellong
Telenovela: ‘Tukang Bubur Naik Haji’
2. Iran: Mohd Ali Zul Fakhari
3. Turki: Begum Soysal