Hulu Kelang, 28 Januari – Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 di Pawagam Mini P. Ramlee,FINAS hari ini yang dirasmikan YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS. Terlebih dahulu di sebelah pagi, Tn Syed Zulkifli Syed Masir, Timbalan Presiden FDAM telah mengadakan penerangan dua hala berkaitan kajian filem daripada aspek penceritaan bersama para ahli akademik dan penggiat industri. Selain itu, FDAM juga telah mengadakan kempen #12jamshooting kepada para pengurus produksi semalam dengan penerangan dan taklimat berkaitan usaha proaktif FDAM memperkasakan ekosistem industri.

p align=”justify”>Mesyuarat agung tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rahim Awang ini turut disokong dengan kehadiran YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBhg. Datuk Yusof Haslam, YBrs. Encik Othman Hafsham, Presiden FDAM, Kapten Khir Mohd Noor, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), pengarah-pengarah filem, para penggiat seni dan rakan-rakan media.