Kuala Lumpur, 24 September- Filem ‘Adiwiraku’ terbitan Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd arahan Eric Ong yang berinspirasikan kisah benar perjuangan seorang guru di sekolah luar bandar membina keyakinan diri dan potensi para pelajarnya melalui platform pertandingan ‘Choral Speaking’ telah mencipta kejayaan mutlak di Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung malam tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan merangkul tiga kategori utama iaitu Cerita Asal Terbaik (Jason Chong), Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta Krishnasamy) dan Filem Terbaik yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Salleh Keruak.

Selain itu, detik manis dirakam filem noir-thriller arahan Dain Iskandar Said yang telah menerima empat kemenangan di FFM29 menerusi Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam), Sinematografi Terbaik (Jordan Chiam) dan Penataan Seni Terbaik (Zaharah Naqibullah).

Dianjurkan FINAS dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini juga memberi tuah kepada karya sulung Tunku Mona Riza, ‘Redha’ apabila menerima anugerah Pengarah Harapan selain gandingan Namron menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan isterinya, June Lojong untuk Pelakon Wanita Harapan serta Harith Haziq bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. Turut meraih perhatian juri adalah filem ‘You Mean The World To Me’ arahan Saw Teo Hing dan Hanyut karya U-Wei HjSaari yang masing-masing menerima tiga anugerah bagi lakonan dan teknikal.

Keputusan penuh #FFM29 adalah seperti berikut:
1. Anugerah Filem Box Office
Skop Productions & Astro Shaw-Abang Long Fadil 2

2. Anugerah Kostum/Busana terbaik
Akma Suriati Awang – Hanyut

3. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Daniel – Hanyut

4. Anugerah Sinematografi Terbaik
Jordan Chiam – Interchange

5 Anugerah Penyunting Terbaik
Nazim Shah – J Revolusi

6 Anugerah Penataan Seni Terbaik
Zaharah Naqibullah – Interchange

7. Anugerah Skor Muzik Terbaik
David Koon-You Mean The World To Me

8. Anugerah Pelakon Kanak-kanak terbaik
Harith Haziq – Redha

9. Anugerah Pelakon Wanita Harapan
June Lojong – Redha

10. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan
John Tan-You Mean The World To Me

11.Anugerah Pengarah Harapan
Tunku Mona Riza-Redha

12. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Jason Chong-Adiwiraku

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Saw Teong Hin- You Mean The World To Me

14. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam-Interchange

15. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Diana Danielle-Hanyut

16. Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Johan Ariffin Ibrahim

17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Datuk Yusof Haslam

18. Anugerah Khas Juri
Desolasi/Skop Productions Sdn Bhd-Filem yang mengaplikasikan penggunaan kesan khas visual meyakinkan

19. Anugerah Khas Juri
Shuttle Life/MM2 Distributions-Filem yang mengangkat kesedaran sosial dan nilai-nilai kemanusiaan

20. Anugerah Khas Juri
Pekak/ Grand Brilliance Sdn Bhd & Lightbulb Pictures-Filem yang mengupas isu sosial remaja
berkaitan najis dadah

21. Pelakon Lelaki Terbaik
Nam Ron-Redha

22. Pelakon Wanita Terbaik
Sangeetha Krishnasamy-Adiwiraku

23. Pengarah Terbaik
Dain Said- Interchange

24. Filem Terbaik
Adiwiraku

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalayaia
#FFM29