Bahagian Area Office FINAS yang ditransformasikan dan dijenamakan daripada Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaaan dahulu sebelum ini berperanan sebagai one-stop centre buat industri dengan peranan yang lebih efisien dan menyeluruh. Menurut YBhg. Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS berkaitan fungsi baru ini, ia adalah enjin penggerak bagi pembangunan industri kreatif di seluruh negara dengan memperkasakan transformasi FINAS di setiap hub strategik di seluruh negara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Pembangunan ekonomi industri kreatif yang mampan seharusnya dibina dengan jaringan perkhidmatan berkualiti bagi menjana pelaburan domestik dan antarabangsa yang menjadi salah satu fokus utama FINAS ketika ini. Kita juga perlu pelan strategik bagi bangunkan hab industri kreatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi membina masyarakat yang progresif” ujar Ketua Pengarah FINAS lagi. Ketika mengulas tentang transformasi perkhidmatan dan penjenamaan Bahagian Area Office yang lebih holistik ketika ini, Pengarah Bahagian, Tn. Hj. Hassan Asbor Hassan Mu’taat optimis tentang peranan FINAS membangunkan industri bukan sahaja daripada teras sedia ada iaitu pelesenan dan penguatkuasaan yang menjadi mekanisme penting bagi mengawal selia dan melindungi industri filem berdasarkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pemameran. Menurut beliau lagi, setiap hab Area Office ini akan diwujudkan dengan “Film Desk” sebagai platform akses dan informasi lokasi dan kemudahan perfileman untuk pelabur domestik dan antarabangsa selain menjadi pusat pembangunan kemahiran modal insan buat komuniti dan pusat rujukan dan sinergi industri sama seperti di Ibu Pejabat.

mainao__m ao1 ao2__m