KAJANG, 27 JULAI – FINAS melalui ‘Bahagian Centre Of Excellence’ telah mengadakan sesi penerangan di Fakulti Industri Kreatif Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Sungai Long kajang bagi memperkenalkan dan berkongsi maklumat berkaitan Pusat Kecemerlangan bertempat di FINAS Petaling Jaya.

Sesi tersebut telah di sampaikan oleh En Ahmad Junaidi Reappai selaku Ketua Unit Mediatheque yang berkongsi input berkaitan komponen ‘Centre Of Excellence’ (COE) iaitu Mediateque, Museum Of Moving Image (MOMI) dan Arkib (Pendigitalan). Perkongsian maklumat tersebut telah menarik minat para pelajar dan pensyarah fakulti berkenaan untuk bekerjasama di masa hadapan.

Sesi yang berlangsung selama sejam itu juga turut dihadiri oleh En Beh Chun Chee selaku wakil dan pensyarah dari fakulti berkenaan.

DSC_0825__m

DSC_0803__m

DSC_0789__m

DSC_0781__m

DSC_0802__m