Kuala Lumpur, 12 Okt- Program ‘Dialog Meja Bulat’ yang memberi fokus kepada pembangunan ilmu dan sinergi industri melalui perkongsian ilmiah dan eksplorasi minda berkaitan topik di dalam industri kreatif anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan kerjasama FINAS telah diadakan diadakan di Bilik Bunga Raya WP Hotel, Kuala Lumpur petang tadi.

Dialog Meja Bulat dengan topik ‘Dari Naskhah Ke Skrin: Dimana Titik Pertemuan?’ yang dipengerusikan YBhg. Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar ini meneroka aspirasi, teknik, impak, potensi dan kepentingan sesebuah naskhah sebagai platform alternatif pembangunan idea dan cerita kepada sesebuah karya filem dengan mengambil contoh penerbitan filem yang diadaptasi dari nakshah novel sastera seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Langit Petang, Sepi Itu Indah dan Jogho sehinggalah kepada yang berjalur moden dan komersial seperti Mira Edora, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan Tombiruo.

Turut hadir bersama menyertai sesi ini ialah Presiden FDAM, Othman Hafsham, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, Tn.Hj.Abdul Khalid Maulod serta barisan karyawan industri seperti Asri Alias, Suzanna , Eoon Suhaini, Ahmad Hashim, Rashid Sibir, Rahim Awang, Radhi khalid, Meor Hashim Manap, Roslan Madun ramai lagi.