KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2016 – Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke 28 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dihadiri oleh YABhg Datin Seri Hamidah Khamis, Isteri Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat. Turut hadir sama YBhg Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS dan YBhg Dato’ Kamil, Ketua Pengarah FINAS.

Sebanyak 21 kategori telah dianugerahkan kepada para pemenang. Antara penyampai-penyampai anugerah yang turut memeriahkan Malam Anugerah ini adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Dr. Mahadi J. Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Maya Karin, Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Mamat Khalid, Yusry Abd Halim, Lisa Surihani, Erra Fazira, Dato’ Rosyam Nor, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Selain itu juga, acara ini diterajui oleh dua pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad. Pada malam tersebut juga akan diserikan oleh beberapa artis seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Man Bai, Aizat, Tomok, Maman, Ernie Zakri, Bunkface, Dewi Seriestha dan Back To Basixx.

Berikut ialah Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 28:

1. Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik
2. Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat
3. Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
4. Lakonlayar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)
5. Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto – Kami Mat Moto bukan Mat Rempit)
6. Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda (Munafik)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Husain (Polis Evo)
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)
9. Pengarah Baharu Terbaik: Shajhey Kumar Perumal (Jagat)
10. Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2)
11. Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crosley (Mat Moto Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
12. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)
13. Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
14. Sinematografi Terbaik: Harris Hue Abdullah (Polis Evo)
15. Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
16. Filem Cereka Animasi Terbaik: Boboiboy
17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Deddy M. Borhan
18. Anugerah Filem Box Office: Polis Evo

Anugerah Khas Juri:
19. Anugerah Khas Juri 1: Mengangkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan – Ola Bola
20. Anugerah Khas Juri 2: Mengangkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi – Polis Evo
21. Anugerah Khas Juri 3: Transformasikan nilai budaya dan rapatkan jurang generasi – The Kid From The Big Apple

Senarai Pemenang di Malam Pembukaan Festival Filem Malaysia 28:

22. Kesan Visual Khas Terbaik: Yusry Abd Halim untuk Cicakman 3
23. Pereka Kostum / Busana Terbaik : Elaine Ng, Weng Shum untuk Ola Bola
24. Penataan Seni Terbaik: Wong Jee Meng dan Nick Wong untuk Huat the Fish
25. Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios untuk Munafik
26. Skor Muzik Asal Terbaik: Ong San & Alex San untuk Ola Bola
27. Lagu Tema Asal Terbaik: Zee Avi, Rendra Zawawi – Arena Cahaya utk Ola Bola
28. Filem Animasi Pendek Terbaik: Wau Animation untuk Ejen Ali
29. Filem Pendek Terbaik: Entrophy Studios Sdn Bhd untuk RM10
30. Filem Dokumentari Terbaik: Dos Fellas Sdn Bhd untuk Boat People
31. Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Encik Mohd Noor Tagaya

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang.

Foto: FINAS Malaysia