Saksikan filem yang dinanti-nantikan ‘Jibam’ di pawagam seluruh negara bermula 7 Disember 2017 yang menampilkan lakonan pelakon kanak-kanak berbakat, Muhammad Ariff Abdullah sebagai Jibam selain Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Esma Daniel, Fadlan Hazim, Farah Ahmad, Mia Ahmad dan Kazar Saisi. Filem terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd. arahan pengarah Che Mie ini diadaptasi daripada novel karya kartunis terkenal Ujang yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang lembab pemikiran namun mempunyai keistimewaan yang tersembunyi iaitu mengubati penyakit. Hayati suka duka, perjuangan, kemanusiaan, kasih sesama insan dan kemasyarakatan yang penuh inspirasi yang diterjemahkan di dalam filem ‘Jibam’.

#Jibam