Petaling Jaya, 11 Ogos – Majlis Pelancaran Trailer Filem I’m Not A Terrorist terbitan White Merpati Entertainment yang berlangsung di TGV One Utama, Bandar Utama telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Pengerusi FINAS, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib. Filem arahan Arjin Uppal ini mengisahkan tentang Ummar seorang Kashmir yang dilahirkan yang tinggal di Malaysia selama 15 tahun yang lalu, dihantar dari Kashmir oleh ibunya untuk menjauhkannya dari keganasan.

Selain barisan pelakon Malaysia yang hadir iaitu Afiq Muiz, Chacha Maembong dan Kapten Khir Mohd Noor, ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon Bollywood Gulshan Grover, karyawan industri, para media dan barisan tetamu jemputan. Filem I’m Not A Terrorist bakal menemui penonton di pawagam seluruh Negara bermula 5 Oktober 2017.