27 April, Kuala Lumpur- Malam Gala filem ‘You Mean The World To Me’ arahan Pengarah Terbaik FFM18, Saw Teong Hin terbitan Astro Shaw Sdn Bhd telah berlangsung di pawagam GSC Pavilion malam tadi.Filem yang menampilkan pelakon hebat dari Malaysia dan Singapura seperti Frederick Lee, Yeo Yann Yann, Neo Swee Lin, Steve Yap, Sue Tan dan Chelsia Ng ini bakal menemui penonton pada 4 Mei 2017. Filem berkonsepkan kekeluargaan dengan nilai kasih, pengorbanan, persaudaraan dan percintaan ini menceritakan kepulangan Sunny ke Pulau Pinang di dalam usaha membikin filem mengenai keluarganya yang akhirnya menyingkap sebuah lembarah sejarah dan rahsia dua generasi yang lama terpendam.

Filem yang menonjolkan kebudayaan moden dan tradisi khususnya dialek Hokkien ini turut mendapat sentuhan sinematografer antarabangsa Christopher Doyle yang dikenali untuk filem-filem arahan pengarah hebat Wong Kar Wai dan pemuzik handalan Taiwan, Zhao Chuan yang menyanyikan lagu tema berjudul Kam Sia Li (Terima Kasih).