Kuala Lumpur, 26 Februari – Dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran, Kedutaan Republik Islam Iran dengan kerjasama Golden Screen Cinema (GSC) dan disokong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Farabi Film Foundation dan Hoze Honari Organization hari ini telah menganjurkan Majlis Sidang Festival Filem Iran Malaysia 2018 di GSC Mid Valley pagi tadi.

Sebanyak enam buah filem terbaik Iran seperti Sweet Taste of Imagination, The Queen, Ceasefire 2, Where are My Shoes, Under the Smoky Roof dan Crazy Castle bakal ditayangkan secara percuma di GSC di tiga buah bandar raya antaranya Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Filem-filem yang akan dipilih ini mengangkat imej seni budaya dan gaya hidup bangsa Parsi dengan tema kemanusiaan, kasih sayang, kemasyarakatan, kekeluargaan dan perjuangan. Festival yang akan bermula 7-18 Mac ini juga turut membuka peluang kepada para penggiat industri untuk menyertai program pembangunan modal insan iaitu Master Class yang akan dikendalikan oleh pengarah terkenal Abolhassan Davoodi dan Pouran Derakhshandeh di ASWARA nanti.

Majlis sidang media yang diwakili oleh Kaunselor Budaya Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, Ali Mohammed Sabeghi dan Pengarah Festival Film Iranian (FFI 2018), Mohammad Reza Shams ini turut sama dihadiri para jemputan, penggiat industri dan pihak media.

Sila layari http://www.gsc.com.my atau http://www.iranianfilmmalaysia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sesi tayangan percuma ini.