‘Never Was The Shade’, sebuah karya Lim Kean Hian mengenai idelogi kepercayaan yang melingkari isu kemanusiaan berjaya menambat barisan juri untuk memenangi Hadiah Utama dalam pertandingan filem pendek BMW Shorties 2017 edisi ke 11 yang berlangsung pada 16 Disember 2017 yang lalu . Mempertandingkan 10 finalis filem pendek karya karyawan muda tanahair daripada 90 penyertaan, ia telah diadili barisan juri profesional iaitu Nandita Solomon, Nadira Ilana, Redza Minhat, Ho Yuhang dan Tan Chui Mui.

Kemenangan ‘Never Was The Shade’ lakonan hebat Steve Yap dan Pablo Amirul yang ditulis Lim Kean Hean dan Rozie Rashid ini berjaya membawa pulang hadiah berupa geran produksi sebanyak RM75,000 daripada Kumpulan BMW Malaysia, beserta bimbingan khas daripada panel juri pertandingan tersebut untuk penerbitan filem pendek ini secara profesional.

Senarai penuh para pemenang anugerah BMW Shorties 2017 adalah:
Hadiah Utama
‘Never Was The Shade’ oleh Lim Kean Hian

Anugerah Pilihan Ramai
‘Gold! There’s gold in the river’ oleh Mallory Lee

Anugerah Pengarah Terbaik
New Chun Hui untuk ‘After Tango’

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Steve Yap dalam ‘Never Was The Shade’

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Ameera Ramlee dalam ‘Selam 2.0’

Anugerah Sinematografi Terbaik
Khairil M Bahar untuk ‘Selam 2.0’

Anugerah Suntingan Terbaik
Wong Kai Yun untuk ‘Never Was The Shade’

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Lim Kean Hian & Rozie Rashid untuk ‘Never Was The Shade’

Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Ashwin Gobinath untuk ‘Selam 2.0’

Anugerah Reka Bentuk Produksi Terbaik
Mohd Rabani Abdul Hamid untuk ‘Selam 2.0’

Kredit: www.bmwshorties.com.my