Sekitar Program Bicara Filem melalui tayangan dan apresiasi filem Hijabsta Ballet anjuran Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berlangsung di Kuala Lumpur Film School, Wangsa Melawati.

Program apresiasi yang dikendalikan oleh pengarah filem, U-Wei HjSaari bersama tetamu undangan, pengarah filem Hijabsta Ballet, Tuan Syed Zul Tojo ini telah mengupas aspirasi, falsafah, ideologi dan nilai di sebalik filem Hijabsta Ballet ini. Mengisahkan tentang penari profesional, Adale yang amat mencintai seni tarian ballet sejak kecil, terpaksa berdepan dengan dilema untuk berubah dan mendekati Islam melalui hijab. Filem ini membariskan pelakon seperti Puteh Maimun Zahrah, Aman Graseka, Betty Benafe, Aida Khalida dan Danny-Syaz.

Turut hadir ialah para karyawan filem, ahli-ahli akademik dari institut pengajian tinggi awam dan swasta, para penggiat seni serta pencinta filem.