Batu Pahat, 8 Ogos 2017 – Program Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Stadium Batu Pahat, Johor.

Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Kebangsaan 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor adalah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan meningkat semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Antara pengisian program yang akan dijalankan ialah Zikir Cinta Negara, Larian Negaraku, senamrobik, konsert 83000 Batu Pahat, pameran Caring Bridge, flash mob, persembahan buskers dan edaran Jalur Gemilang.

Turut dilancarkan adalah konvoi kembara Merdeka Negaraku yang disertai 19 buah kenderaan dan 60 buah motosikal berkuasa tinggi yang membawa mesej kenegaraan dalam inisiatif untuk menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang. Peserta konvoi terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Utusan Malaysia, Malaysia Aktif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Kelab Motosikal berkuasa tinggi ST1300 bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 bermula Julai hingga September 2017 ini merangkumi program-program utama seperti berikut:

1. Merdeka@Komuniti
2. Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa
3. NBOS@Melaka
4. Kayuhan Merdeka di Dataran DBKL pada 6 Ogos
5. Doa untuk Malaysia pada 12 Ogos di Dataran Putrajaya
6. Merdeka MyBuddies Run pada 20 Ogos di MAEPS Serdang
7. Amanat Merdeka pada 30 Ogos di Angkasapuri

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBhg Dato’ Hj. Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Professor Dr Sivamurugan Pandian dan YBhg Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong yang merupakan ikon patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.