Hulu Kelang, 20 Januari 2015 –  Satu lawatan dari Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ke FINAS. Lawatan yang bermula pada sebelah petang itu, dihadiri oleh seramai 25 pegawai telah dibawa melawat semua tempat kemudahan peralatan dan sewaan yang terdapat di FINAS.

Kedatangan pihak PUSPAL disambut oleh pegawai-pegawai FIMI dan juga pegawai dari bahagian Penguatkuasaan dan mereka telah menghadiri satu mesyuarat di Dewan Samad Idris, Aras 2 Bangunan Utama FINAS pada sesi pagi bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan. Lawatan tamat jam 4.30 petang dan diakhiri dengan minum petang dan sesi bergambar.

Teks    : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto     : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat