Ketua Pengarah dan seluruh warga FINAS ingin melahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Puan Khalidah Mohd Darus yang telah meninggal dunia pada 3 Julai 2018. Beliau yang telah bersara wajib adalah merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah FINAS daripada tahun 2015-2016.

Al-Fatihah
AlFatihah