Hulu Kelang, 13 April – Satu ziarah bahasa dari Pegawai Dewan Bahasa Pustaka (DBP) telah diadakan bertempat di FINAS Hulu Kelang. Kunjungan yang dihadiri seramai 8 orang pegawai DBP yang diketuai Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Haji Abdul Adziz bin Abbas telah disambut mesra oleh YBhg. Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob serta pegawai –pegawai dari Unit Komunikasi Korporat. Objektif kunjungan tersebut lebih tertumpu kepada perkongsian serta menjalinkan kerjasama sinergi dua hala diantara FINAS dan DBP pada masa terdekat serta perancangan DBP untuk melaksanakan program pemartabatan bahasa kebangsaan dengan agensi luar melalui strategi lautan biru.