Kuala Lumpur, 2 Ogos – Pelancaran filem ‘Rise: Ini Kalilah’ anjuran WebTVAsia yang diterajui oleh Encik Fred Chong telah berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang.

Filem berdurasi 100 minit ini bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilihan raya Malaysia merupakan produksi filem original pertama WebTVAsia dengan usahasama syarikat-syarikat produksi Prodigee Filem dan Filmmaker Studio. ‘Rise: Ini Kalilah’ diarahkan oleh pengarah-pengarah terkenal seperti Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath dengan penampilan selebriti seperti Remy Ishak, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah.

En. Fred Chong, Pengasas dan Penerbit Eksekutif WebTVAsia juga produser ‘Rise: Ini Kalilah’ berkata filem ini merupakan satu perhargaan kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 16 September 2018 bersamaan dengan Hari Malaysia.

Turut hadir YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, En. Fred Chong, Pengasas dan Penerbit Eksekutif WebTVAsia, En. Desmond Ngai, Naib Presiden Kanan Global Alliances, penerbit dan pengarah-pengarah filem, para pelakon ‘Rise: Ini Kalilah’, para penggiat seni, rakan-rakan media dan tetamu jemputan lain.