Sekitar program PHD Talk – Dr Norman Yusof anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Unit Latihan Industri FINAS yang diadakan di Pawagam Mini P Ramlee. Program pembangunan ilmu dan modal insan ini meneroka spektrum intelektual, aspirasi, falsafah, penyelidikan golongan sarjana di dalam bidang akademik yang tentunya mampu menjana kepada pembangunan strategik jangka panjang industri kreatif negara.