11 Mac 2016, Kota Kinabalu– Melihat potensi dan kreativiti yang ada di kalangan karyawan muda industri filem, FINAS menyokong sepenuhnya penganjuran Malaysia Micro Film Festival dengan kerjasama Institut Seni Sabah, Snips College of Creative Arts dan Star Mode Entertainment. Mensasarkan penyertaan golongan belia berumur 16 hingga 26 tahun, MMFF adalah medan bagi peserta membuat film mikro bertemakan “Multiculturalism” untuk memupuk budaya penyatuan di kalangan rakyat Malaysia biarpun berbeza bangsa. Menurut Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Kamil Othman yang hadir merasmikan program ini, “FINAS tentunya menyokong sepenuhnya program seumpama ini kerana ia mampu mengalakkan golongan muda dan generasi baru membina daya kreativiti dan imaginasi melalui medium filem. Justeru, mereka perlulah diberikan platform dan ruang mempromosikan hasil karya mereka dengan pertandingan seumpama ini dan seterusnya menjadi tonggak kemajuan industri kreatif Malaysia di masa hadapan”.
Ujar beliau lagi, kemampuan generasi muda hari ini amatlah luar biasa dan setiap potensi mereka haruslah dibimbing dengan sistem industri filem yang baik supaya kemahiran dan kepakaran mereka dapat terus diperkasakan. Nama-nama seperti Nik Amir Mustapha, Bront Palarae, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof, Amir Muhammad, Liew Seng Tat dan Tan Chui Mui juga bermula dengan minat dan rasa cinta mereka kepada bidang kreatif ini. Jika anda melihat hasil kerja mereka hari ini, ia sebenarnya adalah hasil kesungguhan, pengalaman dan kekuatan mereka mencari ruang dan potensi dengan penyertaan berterusan di festival filem dalam dan luar negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi Finas, Dato’ Mike Loh, CEO & Founder of SCCA, En. Jessel CP, Deputy CEO Of Sabah Institute Of Art (SIA) dan Dr. Dayang Aminah, Deputy Vice Chancellor of University College Sabah Foundation. Majlis tersebut juga turut dihiburkan dengan persembahan nuanyian dari artis terkenal Korea iaitu Kim Donggyun.micro1micro5 micro2 micro3 micro4
Ikuti kami di facebook : FINAS Malaysia
Twitter @FinasMy dan Instagram : FINASMalaysia