Petaling Jaya, 12 April – Sekumpulan pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Segamat berpeluang menyertai Program Integrasi Ilmu dan Sinergi Industri di Kompleks FINAS Petaling Jaya pagi tadi. Melalui platform pembangunan komuniti industri, program seumpama ini memberi peluang kepada generasi muda membina jaringan dua hala bersama FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem di Malaysia.

Selain lawatan berpandu ke Museum of Moving Image (MOMI) yang memaparkan khazanah perfileman, para pelajar juga turut berpeluang melihat dengan lebih dekat pameran peralatan perfileman.

Melalui sesi pembentangan korporat mengenai FINAS oleh Cik Atiqah Amira Mohd Noor, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat dan taklimat berkaitan MOMI yang disampaikan oleh En. Junaidi Reappai, Ketua Penolong Pengarah Mediatheque, para pelajar telah diberi ruang untuk sesi soal jawab dan perkongsian interaktif.