PETALING JAYA, 18 April – Seramai 23 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak diiringi dengan seorang pesyarah telah berpeluang menyertai Program Integrasi dan Sinergi Industri ke FINAS Petaling Jaya. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman berkaitan Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage selain para pelajar dapat mengaplikasikan prospek kerjaya dalam industri kreatif dan memupuk sikap transformatif yang mampu menjana kepada pembangunan industri filem khususnya dari aspek modal insan yang menjadi tunjang industri. Mereka juga turut berpeluang meninjau secara langsung pelbagai peralatan perfileman yang dipamerkan di ruang operasi MOMI bagi memberi informasi berkaitan kepada mereka.