PETALING JAYA, 19 April – Seramai 20 orang pelajar diiringi pensyarah, En. Kamarul Azwan Azman dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana Shah Alam, berpeluang menyertai Program Integrasi Ilmu dan Sinergi Industri di Kompleks FINAS Petaling Jaya. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman berkaitan Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage selain daripada perkongsian maklumat berkaitan fungsi FINAS dalam memajukan industri kreatif negara. Para peserta program juga turut melihat dengan lebih dekat pelbagai peralatan perfileman yang dipamerkan serta berpeluang berkunjung ke Negatif Room dan Makmal Warna P. Ramlee. Sesi penerangan berkaitan program ini telah diberikan oleh Ketua Unit Mediatheque, En. Ahmad. Junaidi Reapai.