Petaling Jaya, 13 Disember – Seramai 40 orang ahli jawatankuasa Kakitangan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Slim River yang diketuai oleh Encik Shahidon Abdul Samad, Presiden Rukun Tetangga Slim River berpeluang menyertai program sinergi industri di FINAS Petaling Jaya pagi tadi. Program komuniti luar bandar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman berkaitan Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage yang memaparkan khazanah perfileman negara dan diikuti dengan perkongsian maklumat berkaitan fungsi FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem Malaysia.

Deligasi turut sama berkongsi pengalaman dan eksplorasi bakat bersama pelakon Lia Natalia dan pelawak tanah air Atu Zero. Terdahulu, sesi penyampaian maklumat mengenai FINAS telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Cik Atiqah Amira Mohd Noor.