Sekitar Program Wayang Budiman di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam. Menampilkan slot istimewa Tagihan Ganda : Seram Gred Z menerusi 2 buah filem Melayu seram era 1970-an terbitan syarikat perfileman Singapura, Dara-Kula (1973) dan filem Pontianak (1975). Filem Dara-Kula arahan Mat Sentul yang bergenre seram ini mengisahkan dua orang mayat wanita hamil yang telah bangkit menjadi pontianak di waktu malam. Manakala filem Pontianak arahan Roger Sutton, pengarah filem dari Australia ini telah membuktikan filem Pontianak ini adalah filem pertama dalam senarai filem-filem Pontianak layar perak hitam putih era 60’an yang telah dihasilkan dalam bentuk berwarna-warni. Kedua-dua filem ini mempunyai adunan neratif dongeng pontianak dengan elemen genre seram Barat ala drakula.

Hadir sama dalam program perkongsian sinergi ilmu ini adalah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM, Encik Saat Omar, Pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM dan pelajar-pelajar perfileman.