27 Februari 2016 (Sabtu) bertempat di Auditorium Pitching Centre, Platinium Centre Kuala Lumpur, satu sesi Seminar dan Forum Filem Malaysia Dalam Konteks Masyarakat Hari Ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Belia Negara (MBN). Program yang berlangsung dan mendapat sambutan ramai itu turut dihadiri penggiat industri seni Negara antaranya Dr. Mahadi J. Murat, Dr. Norman Salleh, Adman Salleh, Bernard Chauly, Wong Tuck Cheong, Sandosh Kesavan dan Tan Chui Mui.

pict2YBhg. Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS telah merasmikan program tersebut dengan menyampaikan beberapa intipati di dalam ucapan perasmiannya seperti berikut :
1. Penyertaan ke Oscar adalah manifestasi dan tanda aras penerbitan filem Malaysia berkualiti tinggi tanpa mengenepikan elemen budaya dan jatidiri.
2. Galakan penerbitan filem kenegaraan dengan konteks subjek yg lebih luas dan tidak pernah digali.
3. Suntikan dana di dalam industri untuk karyawan filem perlu digunakan sebaik baiknya untuk penerbitan produk yang berkualiti.
4. Pembudayaan penerbitan filem perlu diperkasakan dengan inisiatif adapatasi dari naskhah buku dan karya dengan fokus subjek dan elemen kesusasteraan yang tinggi.
5. Tranformasi organisasi Finas adalah implementasi di dalam strategi pembangunan industri filem secara lebih holistik dan fokus.
Selain daripada itu, YBhg. Tan Sri Johan Jaafar turut sama menyampaikan ucaptama dalam majlis tersebut dengan menyampaikan beberapa intipati seperti :
1. Revolusi industri perfileman sesebuah negara tidak meminggirkan budaya, jatidiri dan sifat kenegaraan.
2. Sistem pengeksportan filem dan industri kreatif seperti Korea Selatan perlu dicontohi tanpa mengenepikan nilai bangsa dan budaya.
3. Generasi baru perlu berjuang dan bersatu untuk perubahan landskap industri perfileman Malaysia.
4. Produk dengan nilai Malaysia perlu dipelbagaikan dengan strategi baru bagi menarik minat khalayak.
5. Sastera Malaysia seperti interlok dan salina adalah bahan yg sgt penting untuk dibudayakan di dalam penerbitan filem. Adaptasi perlu difahami dan diterjemahkan bagi lakon layar yg baik.
6. Sambutan dan sokongan kepada filem Malaysia perlu dilihat dari pelbagai faktor penontonan dan sukar melihat pelbagai kaum di dalam pawagam menonton filem Malaysia.
7. Bengkel adaptasi filem perlu diadakan secara dinamik.
8. Penilaian dasar filem perlu diperkasakan termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
9. Eksport produk Malaysia perlu contohi KOCCA Korea Selatan bagi penjenamaan.
10. Filem sebagai wadah penyatuan kaum dan rakyat Malaysia tanpa sempadan ideologi politik.
11. Finas perlu diberikan kuasa dan taring tanpa gangguan bagi proses pembangunan industri yg lebih maju dari sekarang.

pict3pict4Ternyata, program yang telah dianjurkan tersebut memberi inspirasi kepada penggiat seni tanah air dalam memartabatkan industri filem Negara di masa hadapan.

pict5