GARIS PANDUAN DANA KESAN KHAS (CGI)

1.0 MAKLUMAT PERMOHONAN DANA KESAN KHAS (CGI)

1. PENDAHULUAN:
Dana Kesan Khas – CGI telah dirangka oleh Kerajaan Malaysia di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA) EPP 1: My Creative Content, Kerajaan melalui FINAS telah menyediakan Dana Kesan Khas – CGI (Computer Generated Imagery) kepada penggiat perfileman di Malaysia.


2. OBJEKTIF:

2.1. Membantu dan menggalak penerbit filem di Malaysia mencipta
kandungan menggunakan kesan khas – CGI;
2.2. Menghasilkan filem tempatan yang lebih berkualiti dan mampu bersaing
di peringkat global dengan menggunakan elemen kesan khas – CGI ; dan.
2.3. Membantu membangunkan kepakaran dan kemahiran penggiat
perfileman dalam bidang kesan khas – CGI.


3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
Terbuka kepada semua syarikat produksi tempatan yang mempunyai elemen kesan khas – CGI untuk diterbitkan dengan syarat – syarat seperti berikut:

3.1. Melengkapkan Borang Permohonan dengan mengemukakan maklumat
dan dokumen seperti berikut:
3.1.1. Mempunyai skrip filem yang lengkap bersama dengan konsep art dan reka bentuk pengeluaran;
3.1.2. Mempunyai pelan produksi yang lengkap;
3.1.3. Mengenal pasti unsur-unsur kesan khas – CGI seperti :
a)Pecahan babak kesan khas dalam format thumbnail;

b)Butiran proses kesan khas berserta kos / anggaran perbelanjaan;

c)Peralatan yang digunakan; dan

d)Teknik yang terperinci.

3.2. Mengemukakan kepada Urus setia pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan;
3.3. Mempunyai Lesen Pengeluaran Filem FINAS yang masih sah tempohnya;
3.4. Mengenal pasti syarikat CGI yang akan melaksanakan elemen kesan
khas – CGI bersama dengan keupayaan syarikat ;


4. JENIS-JENIS PEMBIAYAAN:

  • Filem Dokumentari
  • Filem Cereka


5.
KRITERIA PENILAIAN BAGI SYARIKAT FILEM :

5.1. Syarikat filem tempatan milik warganegara Malaysia sekurang-kurangnya
51.0% atau lebih ekuitinya milik warganegara Malaysia yang berdaftar di
bawah Akta Syarikat 1965.
5.2. Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.
5.3. Syarikat atau individu pemilik saham mempunyai pengalaman sekurang –
kurangnya 3 tahun dalam penerbitan filem.
5.4. Mempunyai projek untuk menerbitkan filem yang mempunyai kesan khas
atau CGI dan dilengkapi dengan perkara berikut:
5.4.1. Skrip lengkap dan unsur CGI dijelaskan;
5.4.2. Kertas konsep dan perancangan mengenai CGI;
5.4.3. Jadual penerbitan;
5.4.4. Jadual kewangan dan jadual aliran tunai projek.
5.4.5. Jangkaan pendapatan
5.4.6. Strategi Pemasaran ; dan
5.4.7. Sebarang dokumen yang boleh memantapkan atau meyakinkan panel penilai seperti perjanjian pengedaran.
5.5 Mempunyai pembiayaan kewangan sama ada persendirian atau dari
mana-mana Institusi Kewangan untuk melaksanakan projek. Dokumen
yang berkaitan perlu dikemukakan.


6.
KRITERIA PENILAIAN BAGI SYARIKAT PERKHIDMATAN KESAN KHAS – CGI :
daripada Creative Content Industry Guild (CCIG).

6.1. Syarikat filem tempatan milik warganegara Malaysia sekurang –
kurangnya 51% atau lebih ekuitinya milik warganegara Malaysia yang
berdaftar di bawah akta syarikat 1965.
6.2. Mempunyai Lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawak
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.
6.3. Syarikat atau individu pemilik saham mempunyai pengalaman sekurang –
kurangnya 3 tahun dalam bidang CGI.
6.4. Semua pekerja atau individu daripada syarikat CGI perlu berdaftar
sebagai ahli Creative Content Industry Guild (CCIG) dengan sekurang
kurangnya seorang daripada pekerja atau individu dalam syarikat CGI
mendapat pentauliahan daripada Creative Content Industry Guild (CCIG).
6.5.  Syarikat CGI ini telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan
 kerja – kerja kesan khas bagi produksi syarikat pemohon.
6.6. Mengemukakan dokumen berkaitan keupayaan / kemampuan syarikat kesan khas seperti:
6.6.1. Profil syarikat (jumlah tenaga kerja berserta kepakaran, kelengkapan)
6.6.2. Mengemukakan sesalinan kad keahlian Creative Content Industry Guild (CCIG) setiap pekerja atau individu dan kad pentauliahan daripada Creative Content Industry Guild (CCIG) untuk sekurang-kurangnya seorang yang terlibat dengan syarikat CGI yang dilantik
6.6.3. Showreel ( pengalaman & pencapaian ).
 6.6.4. Mengisytiharkan projek yang sedang dilaksanakan dalam tempoh masa sekurang – kurangnya 6 bulan ke hadapan.
6.7. Mana – mana syarikat CGI yang gagal menyiapkan projek di bawah
Dana Kesan Khas -CGI akan di senarai hitamkan.
6.8. Setiap pembatalan syarikat khidmat kesan khas oleh penerbit mesti
melalui Jawatankuasa Penilaian Dana Kesan Khas – CGI.

7. KRITERIA PENILAIAN BAGI FILEM YANG DICADANGKAN:

7.1. Harta intelek filem dipegangkan oleh syarikat yang memohon;
7.2. Kandungan filem hendaklah mempunyai nilai moral masyarakat
Malaysia dan mencerminkan identiti Malaysia tanpa menggugat
sensitiviti dan  keharmonian di Malaysia;
7.3. Kesesuaian dan keperluan elemen kesan khas – CGI.

8. PENTADBIRAN PEMBIAYAAN DANA
Lawatan pemantauan berkala akan dilakukan oleh Pegawai FINAS / Jawatankuasa Penilai menerusi pembentangan laporan kemajuan projek sebelum dana selanjutnya dikeluarkan.
daripada Creative Content Industry Guild (CCIG).

8.1. Kaedah dan Mekanisme Permohonan:
8.1.1. Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Dana Kesan Khas – CGI sahaja.
8.1.2. Borang permohonan boleh diperoleh dari FINAS atau laman web FINAS secara percuma.
8.1.3. Bayaran akan dibuat secara berperingkat yang dipersetujui bersama mengikut proses kadar siap kerja.
8.1.4. Syarikat produksi yang berjaya perlu memulakan projek di dalam tempoh tiga bulan selepas menandatangani perjanjian dengan pihak FINAS. Jika gagal, perjanjian dianggap terbatal.
8.1.5. Lawatan pemantauan berkala akan dilakukan oleh Pegawai FINAS / Jawatankuasa Penilai menerusi pembentangan laporan kemajuan projek sebelum dana selanjutnya dikeluarkan.
8.1.6. FINAS mempunyai hak untuk membuat lawatan pemantauan daripada masa ke semasa.
8.2. Proses Penilaian / Kelulusan :
8.2.1. Sesi Persembahan atau Pitching Kertas Cadangan Permohonan Dana Kesan Khas – CGI;
8.2.2. Kelulusan oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh FINAS.
8.3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara bertulis.


9.
PENYELIAAN DAN PENGAWASAN PROJEK
Penyeliaan dan pengawasan projek oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


2.0.
PEMBAYARAN DANA KESAN KHAS (CGI)

1. PELEPASAN KEMUDAHAN DANA KESAN KHAS
Pembayaran akan dibuat kepada penerbit sekiranya penerbit melaksanakan proses CGI sendiri atau kepada syarikat CGI yang dilantik.


2. KAEDAH PEMBAYARAN
Tertakluk kepada keputusan jawatankuasa penilai yang berpuas hati dengan hasil kerja kesan khas yang dibuat dan telah pun memenuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Bayaran akan dibuat ke akaun syarikat penyedia khidmat kesan khas dan bukan kepada penerbit, mengikut kaedah yang diperuntukkan seperti berikut :-

Pembayaran pertama iaitu pada kadar bersamaan 15% dibayar
setelah penerbit selesai menandatangani perjanjian ;
Pembayaran kedua iaitu pada kadar bersamaan 45% dibayar setelah
penerbit atau syarikat CGI yang dilantik selesai menyempurnakan
sekurang – kurangnya 60% daripada proses kesan khas tersebut. ;
Pembayaran ketiga iaitu pada kadar bersamaan 30% dibayar setelah
penerbit atau syarikat CGI yang dilantik selesai menyempurnakan
100% proses kesan khas CGI ;
Pembayaran keempat iaitu pada kadar bersamaan 10% dibayar
setelah penerbit menyiapkan sesi filem sepenuhnya dan mendapatkan
kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) serta melakukan
sesi pratonton kepada jawatankuasa penilai;

3. SYARAT-SYARAT AM
kemudahan dana ini dengan syarat satu (1) projek penerbitan filem yang

3.1. Mana – mana penerbit yang telah mendapat bantuan pembiayaan /
 dana Kerajaan yang lain adalah tidak layak dipertimbangkan,
3.2 Satu syarikat hanya boleh memohon maksimum dua (2) projek
daripada kemudahan dana ini dengan syarat satu (1) projek penerbitan
filem yang telah mendapat kemudahan pembiayaan ini telah selesai dilaksanakan.
3.3. Syarikat hendaklah menyiapkan keseluruhan projek dalam masa 12
bulan selepas menandatangani perjanjian.
 3.4 Mana – mana syarikat penerbitan yang gagal menyiapkan projek di
bawah Dana Kesan Khas – CGI akan di senarai hitamkan.
 3.5 Syarikat penerbitan bertanggungjawab membayar semula pembiayaan
Dana Kesan Khas yang telah dikeluarkan sekiranya projek gagal
disiapkan sepenuhnya.
 3.6 Setiap pindaan atau pembatalan khidmat syarikat CGI mestilah
dilaporkan dan mendapat kebenaran bertulis dari Jawatankuasa
Penilaian Dana Kesan Khas CGI.
 3.7  Syarikat penerbitan yang berjaya akan disyaratkan mengemukakan
 ‘performance bond’ sebanyak 5% daripada jumlah kos produksi.


4.
LAPORAN
Penerbit hendaklah menghantar laporan kerja kesan khas – CGI setiap bulan selepas pengeluaran wang dibuat.

Sila muat turun Borang Permohonan Dana CGI 2015 di pautan di bawah.

 

 

 

Disediakan oleh:

Urus setia
Dana Kesan Khas (CGI)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2015

Permohonan beserta dokumen yang lengkap hendaklah di alamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Urusetia Dana Kesan Khas (CGI), Bahagian Pembangunan Industri)
Tel : 03-4104-1300/1483/1341/1460
Faks : 03-4106 8509